GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, August 11, 2015

Pukul Mat Sabu sindir orang tu.....

SURAT TERBUKA BUAT MAT SABU

Ke hadapan mantan Timbalan Presiden Pas, Tuan Hj Mat Sabu.

Terlebih dahulu, Salam Wala' buat tuan.

 Maaf tok pinta sekiranya warkah pujangga ini bisa mengganggu tuan di dalam aktiviti tuan untuk mengusahakan Harapan Baru. Ada pun tok terpaksa mengirim warkah ini kerana tok ada terbaca seorang penyokong parti tok iaitu parti lama tuan juga yang mengirim warkah terbuka untuk tuan.

 Tujuan warkah ini tok kirimkan hanyalah kerana untuk memperkuatkan surat sahabat tok itu yang mahukan tuan memikirkan kembali untuk mewujudkan parti baru dan kembalilah semula kepada kami. Tok ingin mengariskan beberapa faktor dan hujah yang kukuh lagi syarie mengapa tuan wajib kembali bersama jemaah syurga ini. Faktor-faktor tersebut adalah;

 1. Tuan tidak perlu risau dan susah hati lagi untuk menjadi wakil presiden setiap kali Mesyuarat PR dan kemudiannya keputusan mesyuarat tersebut ditolak oleh Presiden kerana tuan tidak lagi menjadi Timbalan Presiden Kini kita akan serahkan kepada Ustaz Tuan pula meneruskan jihad tuan sebelum ini.

 2. Kami tetap akan menjemput tuan untuk memberikan ceramah anjuran kami kerana tuan adalah aset untuk memenuhkan tabung2 milo kami yang kini semakin gersang. 

 3. Tuan tidak lagi perlu bersusah payah memikirkan tentang Hudud kerana isu Hudud ini telah kita serahkan kepada amno untuk mereka lakukan.

 Kami yakin amno pasti sokong Hudud kerana Adun2 mereka di Kelantan baru2 ini menangis teresak2 dan merengek mahu kepada Hudud. Samada tahun ini Hudud dilaksanakan atau tahun depan hatta sehingga kiamat sekalipun kita redha menanti.

 4. Sekiranya tuan kembali ke pangkuan kami, tuan tidak perlu lagi bersusah2 untuk berdemo sehingga ditangkap dan dilokap kerana guru kita telah pun 'menfatwakan' jangan jadi bodoh untuk berdemontrasi. Tuan akan relaks dan tenang nanti.

 5. Tuan harus memikirkan dengan serius, apakah yang tuan dapat bila berkawan dengan DAP? Adakah Lim Guan Eng atau Kit Siang itu pernah bermimpi berjumpa Nabi?

 Tapi sekiranya tuan kembali bersama jemaah kami, tuan mesti berbangga kita mempunyai orang Islam seperti Tar snake yang telah bertemu para2 sahabat Nabi, lebih menggembirakan kita, di dalam kelab penyokong bukan Islam kita pun ada yang telah bermimpi bertemu Nabi berkali2. Ini tiada di dalam Dap atau PKR.

 6. Tok ingin ingatkan tuan, seandainya tuan berkeras untuk berada bersama PKR atau Dap atau Harapan Baru, tatkala tuan bertanding di dalam Pilihanraya nanti, tidak mustahil tuan akan dituduh sebagai pengedar pil kuda walaupun nama tuan tidak disebut. Tentulah tuan akan merasa aib, bukan?

 7. Adakah tuan tidak yakin akan kekuatan parti tuan yang lama? Tok boleh buktikan bahawa kita kuat.

 Kita pernah memerintah Terengganu Sepenggal. Kedah juga kita dapat sepenggal. Di Kelantan, kita masih memerintah walaupun di dalam PRU13 yang lalu kita hilang 6 Kerusi tetapi itu tidak menjadi masalah kerana kita hanya perlukan keredhaan Allah.

 8. Tok faham tuan mahu lari dari jemaah tok bukan kerana tewas di dalam pemilihan parti kerana tok tahu tuan kerap tewas di dalam pertarungan yang lebih besar iaitu di dalam Pilihanraya dan tuan waktu itu tetap bersama jemaah. Tuan sanggup tinggalkan kawasan atau kubu tuan di Kedah waktu itu untuk bertanding di mana2 saja yang diarahkan oleh guru kita.

 Guru kita pun tidak pernah berani keluar dari kawasannya di Marang, tetapi tuan berani.

 Maka, elok benarlah tuan kembali kepada kami kerana mudah untuk kami arahkan tuan bertanding di mana2 seperti dahulu dan ini sedikit sebanyak akan menambahkan pahala jihad tuan.9 Tidakkah ini menguntungkan tuan?

 9. Apalah gunanya tuan bersama YB Khalid Samad? Apakah Khalid samad itu lebih hebat dari Nik Abduh atau Tontowi? Apakah Khalid samad tahu tentang pengadil bola?

 Tok tahu tuan peminat bolasepak, maka inilah peluang untuk tuan mendapatkan pandangan darihal bola melalui MP Pasir Mas kita yang berkaki lebar itu.

 10. Percayalah tuan. Amno yang tuan bencikan sangat itu tidaklah seteruk Firaun. Dap lebih teruk dari Firaun kerana Dap lah yang merampas royalti minyak di dua negeri Melayu iaitu di Kelantan dan Terengganu. Di negeri guru kita sendiri, adakah tuan lupa Dap yang meruntuhkan Masjid Kg Bujal? Kedua2 negeri ini adalah kubu kuat parti kita, mengapa Dap khianat? Mengapa tuan harus bersama Dap? Pembunuhan di Memali, adakah tuan lupa betapa zalimnya Dap?

 Sewajarnya lah tuan tinggalkan Dap dan kembalilah kita bersama untuk memperkuatkan jemaah kita sekaligus memperkuatkan amno.

 Yang Dihormati Tuan Mat Sabu,

 Cukuplah setakat ini tok menulis warkah nan usang ini. Bukan niat tok untuk mengguris perasaan tuan, tetapi tok hanya mahu melihat tuan masuk syurga. Tok menulis ini bukan kerana tuan, tok menulis ini adalah jihad. Sekiranya tok mati di dalam keadaan menulis ini, mati tok adalah jihad.

 Sekian dulu warkah dari tok, semoga tuan dapat beristikhorah dengan semua yang tok nyatakan di atas.

 Maafkan tok sekiranya warkah ini bisa membuatkan tuan menitiskan air mata kerana sesungguhnya setiap titisan air mata tuan itu, satu mahligai di syurga, InsyaAllah.

 Sekian, Wassalam.

Pengarang Kitab "Label Lil Insani"
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...