JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, August 27, 2015

Rakyat Malaysia bukan bodoh nak percayakan kamu, kata Mahathir.

Mantan PM, Dr Mahathir Mohamad melalui tulisan di blognya menggesa Dato 'Sri Najib dan penyokongnya supaya  jgn cuba untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya itu adalah sumbangan derma.

 Menurutnya, tiada siapa percaya atau boleh percaya, suatu jumlah wang yang sebesar itu boleh didermakan oleh sesiapa kepada Dato 'Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja atas apa jua sebab.

Beliau juga menjelaskan bahawa adalah tidak masuk akal ia telah diberi kerana pendirian Malaysia terhadap Negara Islam (IS), kerana Negara Islam (IS) hanya muncul pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.

 Lagi pula, Malaysia senantiasa mengamalkan Islam yang sederhana dan tidak pernah melampau dalam amalan Islam, tambahnya lagi.

 Mahathir turut menyatakan kehairananannya kerana USD700 juta adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di Malaysia, kecuali jika ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. 

"Mengapa ada orang yang mahu  merasuah pengundi Malaysia supaya Najib akan menang waima rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dirasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih oleh orang asing. 

"Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya bahawa 2.6 bilion Ringgit adalah hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk beliau memenangi pilihan raya." Berkata Mahathir.

Mahathir mengingatkan Najib supaya jangan berfikir bahawa rakyat Malaysia bodoh. ~  sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Bangsa2 Bersatu (UN) istihar ISIS pengganas di tahun 2014.
Kerajaan Aran Saudi memberi sumbangan untuk perangi keganasan sebanyak USD 200 JUTA kepada Bangsa2 Bersatu pada tahun 2014 itu.
Yang hairannya NAJIB dan pengampu2nya boleh kata NAJIB terima sumbangan "DERMA" sebanyak USD 700 JUTA di tahun 2013 dpd Arab Saudi utk perangi keganasan.
MAU TIPU KA....
Tahun 2013 Bangsa2 Bersatu belum lagi istihar ISIS sebagai merbahaya.
Sumbangan peribadi utk Najib perangi ISIS lebih besar dpd apa yg diterima oleh Bangsa2 Bersatu (UN)

kah...kah...kah
Nak tipu biarlah bertempat
Patut pun Mahadhir marah sangat...
Nak tipu biar berpada..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...