JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, August 02, 2015

Rosmah beri tempoh masa 48 jam untuk mohon maaf

PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi tempoh masa 48 jam kepada wartawan Asia Sentinel, John Berthelsen untuk menuntut maaf secara sukarela.

 Melalui kenyataan media yang dikeluarkan firma guaman yang mewakili Rosmah, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, ia menegaskan telah diberi kuasa mengeluarkan kenyataan berhubung artikel yang disiarkan ‘Malaysia PM’s Wife Seek Central Bank Gabenor’s Ouster’.

 Tuntutan itu dibuat susulan tulisannya yang mengaitkan beliau terbabit dalam cubaan memecat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz.

 Dalam artikel yang dikeluarkan, Berthelsen mendakwa ia bagi membalas dendam berikutan kebocoran butiran kewangan peribadi Rosmah dan kebimbangan Zeti mempunyai maklumat terperinci berhubung skandal 1MDB yang dikatakan boleh mengugat kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 Dalam kenyataan yang sama, firma guaman itu menjelaskan dakwaan wartawan berkenaan dianggap berniat jahat dan ingin merosakkan reputasi Rosmah. ~ freemalaysiatoday
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...