JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, August 18, 2015

Saya tidak akan makan daging babi untuk mendapatkan undi dari Cina

Apalah perlunya  Zahid Hamidi, TPM yang baru ni mendabik dada mengisytiharkan diri "beliau tidak akan makan daging babi untuk meraih undi daripada pengundi Cina."

 Atau mungkinkah  beliau sekadar mahu menyindir pemimpin lain yang sanggup melakukan perkara jijik seumpama itu?

Siapakah pemimpin yang beliau sindir itu?

Kata-kata Zahid itu mempunyai maksud yang sungguh mendalam. Makan daging babi adalah perkara yang ditegah dan diharamkan dalam agama Islam. Memakannya, bermakna kita telah menderhaka kepada perintah larangan Allah.

Tapi persoalannya ialah, sesorang Islam yang mengaku baik seperti Zahid itu tidak makan babi kerana larangan Allah atau kerana jijik dengan babi yang ramai kita menganggapnya sebagai binatang paling pengotor!

Kalau benar sebab larangan Allah, apakah makan hasil dari rasuah, maka  Allah tidak larang? Rasuah tidak jijik kan Zahid?

Kalau pun Zahid seorang manusia yg suci, tidak pernah makan atau ambil rasuah, pastinya dia juga tidak akan berkawan dan mempertahankan orang yang suka makan rasuah.
Mereka ni semua tak makan babi walaupun dimasak kicap....
Dana RM2.6 billion yang dikatakan derma itu adalah dianggap sebagai pemberian rasuah kalau nak ikut garis panduan pentafsiran rasuah SPRM.

 Hahaha! Memang tipikal orang Melayu Islam, memandang jijik pada babi, atau ayam yg tidak disembelih....tapi tidak pada gejala rasuah!

 Maka sebab itu, mana-mana orang Melayu pun akan marah dan terasa tersinggung yang teramat sangat dan berasa terhina kalau ada Cina yang datang menghadiahkan kepadanya daging babi atau ayam mati tanpa disembelih.....

Tapi kalau bawa hadiah berupa ang-pow berjuta-juta malah berbillion rm .....Apa macam Zahid ?? 

TAMPIN, 16 Ogos - Walaupun mengekalkan hubungan yang sihat antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah penting, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada perwakilan Umno hari ini bahawa terdapat beberapa garis-garis yang beliau tidak akan seberangi seperti makan daging babi untuk meraih undi daripada pengundi Cina. Baca lagi di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

GEBU said...

Kesian kat TPM yg baru ni meminta supaya orang percaya dia tak makan daging babi.
Betul ke tu? Biar orang tak percaya asalkan Tuhan percaya....inilah iman yg sebenar.

Anonymous said...

Sifat munafik zahid semakin terserlah sejak jadi TPM. Demi kuasa zahid ni sanggup buat apa saja & menyokong sesiapa yg berkuasa asalkan dia dpt habuannya. Sikap talam dua muka zahid kian terserlah.Layakkah org macam zahid ni jadi PM nanti? Mesia akan semakin hancur bila samseng jadi PM?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...