GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, August 04, 2015

Semoga Allah berikan petunjuk serta takdir yang terbaik ....

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampaknya begitu kecewa kerana sehingga kini 4 orang pegawainya termasuk Pengarah Operasi Khasnya dan pengarah forensik SPRM IG Chandran telah disoal siasat oleh polis.

Keempat-empat mereka terlibat dalam siasatan SPRM terhadap SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan 1MDB.

Lantaran itu telah mendorong SPRM mengadakan solat hajat  di surau SPRM selepas solat Zohor hari ini yang dipimpin oleh bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar dan disertai kira-kira 100 warga kerjanya.

Berikut pula berita yang kita sangat berharap, ia bukanlah kes balas dendam sebagaimana ungkapan yang biasa kita dengar 'Hari ini hari engkau, esok hari aku pula!' Utusan.com. melaporkan : 

Dua inspektor polis ditahan SPRM  

SEREMBAN 4 Ogos - Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun hari ini mengesahkan dua inspektornya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan RM3,500 daripada orang awam.

 Beliau berkata, SPRM menghubunginya lewat petang semalam bagi memaklumkan penahanan pegawai terbabit. 

"Kedua-duanya ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan bagi kes yang sedang disiasat mereka.

 "Saya akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan," katanya kepada media di sini.

Kedua-dua inspektor itu yang masing-masing berusia 26 dan 28 tahun, ditahan SPRM di Terminal 1, di sini kira-kira pukul 6.10 petang semalam.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.- BERNAMA 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Salam tuan, walaupun ramai yang tengah layan jee cerita tukang karut ni...saya suka juga bila terjadinya pertembungan kuasa kuasa daulah ni. Ini lah cerita yang paling ditunggu saya selama ni....mat bon soal mat gelap, mat gelap sailang mat mat sekalian...best woo...harap sambugannya panjang tak berhabis...Tapi untuk cerita itu lah yang best cuma untuk kehidupan realiti...saya rasa semakin sesak hidup di bandar kecil bernama Kay Yel ni...kepada semua semoga berjaya menempuh hidup di bumi yang diberkati ni. Kejap ke...paling lama 130 tahun...pastu jika diizinkan akan kembali berjumpa dgn Nya. Settle.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...