GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, August 18, 2015

Shahrir Samad : Dulu 'Anak Jantan' sekarang 'Anak Bapuk'?

Presiden Umno berharap ahli parti itu tidak mendiamkan diri apabila pemimpin mereka diserang...janganlah apabila (sudah) dapat, semua senyap. Dah dapat duit jangan senyap, kata Najib.

Mungkin sebab itu, maka tidak hairanlah ada yang bersungguh-sungguh mempertahankan Najib, hanya kerana dah digula-gulakan oleh Najib....

Mereka terpaksalah menggadai marwah diri mereka lantaran nak membalas budi yg dah tertelan.

Antaranya ialah  Shahrir Samad, yang suatu ketika dulu pada 1988, telah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Baharu bagi menyahut cabaran dan sindiran Dr. Mahathir untuk bertanding sebagai Calon Bebas!

Beliau telah memenangi kembali kerusi parlimen Johor Baharu sebagai calon bebas dengan simbol KUNCI pada piliharaya kecil disitu. 

 Kemenangan bergayanya sedikit sebanyak telah menaikan integriti dirinya sbagai benar-benar ahli politik 'Anak Jantan' dan mengembalikan maruah UMNO Johor. Tapi sayang sekali, tindakannya kali ini  nampaknya sudah bertukar menjadi 'Anak Bapuk'?

Ke mana perginya integriti Shahrir?– Akmal Nasir

Pengakuan ahli Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Samad mengenai sumbangan atau derma daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada pimpinan akar umbi Umno sebagai satu perkara normal adalah amat mendukacitakan.

 Beliau memberikan gambaran seolah-olah penggunaan wang dalam politik Umno adalah amalan kebiasaan.

 Lebih menjengkelkan lagi apabila Shahrir masih gagal untuk menafikan pendedahan daripada Sarawak Report yang beliau sendiri menerima RM1 juta daripada akaun peribadi Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Integriti beliau yang sebelum ini dianggap sebagai seorang berprinsip sehinggakan suara beliau yang kadang kala tidak selari dengan Umno kini amat diragui.

 Mungkin tidak hairanlah sejak skandal 1MDB diketahui umum, kenyataan demi kenyataan oleh Shahrir begitu cenderung atau bersungguh-sungguh mempertahankan Najib.

 Memandangkan Shahrir gagal menyangkal pendedahan mengenai sumbangan peribadi RM1 juta kepada beliau daripada Najib, beliau seharusnya menjawab persoalan berikut:-

 1. Adakah derma RM 1 juta yang diterima beliau dibayar cukai? Kalau sebelum ini beliau menyebut bahawa Najib tidak perlu membayar cukai untuk derma RM2.6 bilion yang diterima kerana penderma dari Timur Tengah yang sepatutnya menjelaskan cukai, dalam kes ini Najib sebagai penderma adakah Najib menjelaskan cukai untuk derma kepada beliau?

 2. Adakah Shahrir tidak terasa terhutang budi kepada Najib kerana derma yang dinyatakan itu datang dari akaun peribadi Najib sendiri? Apakah permintaan atau syarat yang ditetapkan oleh Najib bagi membolehkan Shahrir menerima sumbangan RM1 juta ini?

 3. Jika Shahrir menganggap sumbangan peribadi Najib adalah sesuatu yang normal, bolehkah beliau memberi jaminannya mampu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi Najib?

 Jika benar Shahrir menerima sumbangan RM1 juta daripada akaun peribadi Najib, saya pasti rakyat khususnya rakyat Johor Baru amat kecewa.

 Maka hilanglah satu suara yang sebelum ini lantang membangkitkan isu rakyat dan kini hanya menjadi suara “yes-man”. – 17 Ogos, 2015.themalaysianinsider
 *Akmal Nasir ialah pengarah stategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysi
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Shahrir dah tua pon makan 1,000,000 ?????

Rasuah lah kira tu

Duit tuk sokong Lahanat Aniaya Rakyat

Apa pandai

Bukan muda lagi dah nak KIOK dah

Makan Rasuah sampai masok KUBOR

Taubat Shahrir

1,000,000 rengget tu berapa Dolar saja

Mintak lah 1,000,000 Dolar baru syok masok KUBOR

Apa BODOH sangat?????

Anonymous said...

Dah dapat 2juta beb beranikah nak buka mulut nanti

azren said...

Apa macam bangsa Johor?ada brani tolak najib? Itu belom rebel lagi bro.....betol brani bangsa johor mesti tolak bn n umno bkn takat najib saja!!!!

Anonymous said...

Patut pun lain macam ja cara cakap si Shahril tu. Rupanya dah tertelan RM1juta yg di umpan Najib.
Harap SPRM dpt kalankan siasatan. Kerana ini merupakan satu rasuah. Ini mencemarkan nama islam dan melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...