JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, August 04, 2015

Siapa yang derma RM2.6 bilion kepada Najib?

SPRM mengesahkan   bahawa RM2.6 bilion yang telah didepositkan ke dalam akaun Najib itu, datang daripada "penderma" dan bukan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) seperti yang didakwa sebelum ini. 

 SPRM tidak pula mendedahkan identiti penderma ini atau tujuan sumbangan tersebut serta bagaimana wang itu dibelanjakan. 

 Kenyataan SPRM tersebut telah mengundang beberapa reaksi dari ramai pihak untuk mendapatkan penjelasan lebih telus.

 Peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan, jika sumbangan itu datang dari sumber asing, ia akan mungkin melanggar beberapa undang-undang, termasuk yang meliputi pengubahan wang haram.

"Sesiapa yang mendermakan jumlah wang yang besar itu akan mempunyai agenda. Apakah agendanya itu? " Tanya beliau.

Cynthia Gabriel, Pengarah Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan siasatan ke atas sumbangan RM2.6 bilion daripada penderma dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Menurutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendedahkan maklumat lanjut mengenai sumber dana, yang suruhanjaya itu sahkan adalah daripada "penderma" dan bukan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

A Kadir Jasin secara sinis menulis dalam blognya,“Awat la cik tak bagi tau awai-awai?”

Mengapa Mohd Najib dan seluruh briged tukang spinnya tidak berterus terang sahaja dengan kisah derma ini dari awal?

 Beberapa hari sebelum pengumuman SPRM hari ini, khabar angin bertiup kencang bahawa seorang pembesar Arab dan sheikh super kaya "mengaku" telah menderma sejumlah wang yang besar kepada Mohd Najib. Itulah sebabnya dalam posting bertajuk "Hikmah Di Sebalik Pemecatan Muhyiddin" pada 31 Julai saya menyatakan perkara berikut dalam ruangan komen:

“Saya pun dengar cerita seribu satu malam daripada Ali Baba Bujang Lapok yang kata, ada seorang saudagar yang sangat kaya yang ada ribu-ribu unta dan tikar terbang dari negeri Autastan, jiran Tipustan, bagi sadakah bilion-bilion dirham kepada DS Najib. Masya-Allah, banyaknya duit Sheikh unta itu. Alhamdulillah murahnya rezeki DS Najib. Shukran!” 

Dengan peristiwa sejak kebelakangan yang begitu luar biasa cepat, dramatik dan hebat,  penamatan perkhidmatan Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail pada 27 Julai dan rombakan kabinet pada 28 Julai, adalah sukar untuk memaksa rakyat supaya tidak membuat spekulasi.

 Siapakah penderma ini dan mengapa ia mengambil masa yang lama bagi SPRM dan Pasukan Petugas 1MDB  untuk mengetahui bahawa AS $ 700 juta adalah dari derma?

Jika wang dalam akaun Perdana Menteribukan dari 1MDB, mengapa Jho Low tidak berkata begitu atau mengapa orang yang dikaitkan dengan akaun/s terpaksa melarikan diri dari negara ini?

 Mereka yang sedang diburu oleh Pasukan Petugas, termasuk Nik Faisal Ariff Kamil dan (Datuk) Suboh Mohd Yassin, kini perlu tampil ke hadapan untuk membersihkan nama Perdana Menteri, kata A Kadir Jassin di sini.

Saya nak tanya korang: Korang percaya tak ada orang nak derma kepada kepada suami yang isterinya terkenal boros berbelanja?
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Cerita dari awal pun rakyat dah ragu..
Inikan pula ada penderma murah hati bagi duit berbillion ringgit terus masuk dlm account peribadi konon utk parti.
Kalau utk parti kenapa TPM sendiri tak tahu?
Kalau utk parti kenapa tak masuk sendiri dlm account parti umno?
Apakah SPRM boleh terlupa istilah "SUAPAN" hanya kerana beliau PM.

Jangan bodohkan rakyat wahai pengampu2

Usop Ali said...

Ada la barang yg nak digadaikan tu...takan tempua besarang rendah beb

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...