GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, August 04, 2015

Siasatan PAC ke atas 1MDB disabotaj, kata timbalan pengerusi

Dr Tan Seng Giaw (kiri) dan di sebelahnya bekas
pengerusi Datuk Nur Jazlan Mohamed (tengah)
dinaikkan pangkat menyertai Kabinet. 
OLEH EILEEN NG
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah menjangkakan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan "sengaja disabotaj", kata timbalan pengerusinya Dr Tan Seng Giaw selepas kehilangan tunggak utama menjelang sesi pendengaran bersama eksekutif dan bekas eksekutif syarikat sarat hutang itu.

 Jawatankuasa bi-partisan itu sepatutnya menyoal siasat bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Parlimen pagi ini, sebelum diteruskan dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy esok.

 Mohd Hazem Abdul Rahman yang berkhidmat sebagai CEO 1MDB dari Mac 2013 hingga Januari 2015, turut diminta memberi keterangan kepada jawatankuasa itu pada Khamis ini.

 "PAC sengaja digantung dan kami sudah menjangkakan pegawai 1MDB tidak akan hadir.

 "Kami sudah menjangka segala-galanya akan sengaja disabotaj," kata Dr Tan kepada The Malaysian Insider.

 Dr Tan enggan mengulas lanjut mengenai siapakah yang "sengaja mensabotaj" prosiding PAC tetapi mengatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah ramai daripada 13 ahli jawatankuasanya keluar menyertai Kabinet secara serentak. PAC kehilangan pengerusinya yang lantang, Datuk Nur Jazlan Mohamad dan 3 ahli lain - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau. Minggu lepas keempat-empat mereka dinaikkan pangkat ke Kabinet. Pelantikan mereka ke dalam Kabinet sekali gus membatalkan status mereka sebagai ahli PAC.

 Terdapat percanggahan pendapat mengenai pemahaman ke atas Peraturan Mesyuarat di mana ahli jawatankuasa yang kekal dalam PAC masih boleh meneruskan sesi perbicaraan.

 Biarpun Dr Tan dan ahli pembangkang lain jawatankuasa itu mengatakan ahli PAC yang kekal boleh terus menjalankan siasatan ke atas 1MDB, namun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memetik Peraturan Mesyuarat 77(3), mengumumkan semua prosiding PAC, termasuk siasatan ke atas 1MDB , terpaksa ditangguhkan sementara menunggu pelantikan seorang pengerusi baharu dan ahlinya.

 Pandangan Pandikar itu dipertikaikan ahli PAC daripada pembangkang dan juga Majlis Peguam yang mengatakan jawatankuasa itu masih boleh berfungsi kerana ia mempunyai kuota mencukupi, manakala Dr Tan sebagai timbalan pengerusi boleh mengambil alih tugas pengerusi.

 Dr Tan mengesahkan PAC sudah menerima surat rasmi daripada setiausaha Parlimen memaklumkan mengenai penangguhan semua prosiding siasatan, termasuk pendengaran ke atas 1MDB.

 Tetapi ahli jawatankuasa daripada pembangkang akan meneruskan mesyuarat hari ini, katanya sambil berharap ahli yang kekal daripada parti pemerintah Barisan Nasional juga akan hadir.

 Perkembangan terkini itu juga menandakan Shahrol dan Arul Kanda terlepas daripada PAC buat kali kedua. Mereka gagal menghadirkan diri pada sesi pendengaran yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mei lalu atas urusan kerja di luar negara.Baca seterusnya di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Ketua penyamun mengarahkan penyamun2 menghilangkan diri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...