JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, August 09, 2015

Sikap terburu-buru PAS menghukum Raja Bahrin Shah tidak Islamik

Setelah saya, tanpa dipanggil untuk hadhir di bicarakan, di tuduh bermacam serta di hukum Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Terengganu pada 1 Ogos dan di kecam pula olih ahli ahli Pas di Majlis Liqa pada 3 Ogos, keluarlah pula kenyataan dari Datuk Tuan Ibrahim dan Pak Subky Latif. Kenyataan dari dua orang kanan dan veteran PAS ini saya anggap bernas dan penting.

 Datuk Tuan Ibrahim apabila menyentuh tentang ahli PAS yg di kaitkan dengan Harapan Baru (HB) pada 8 Ogos (sumber Malaysian Insider) menyatakan...

 "Mereka (Jawatankuasa Pas Pusat) perlu melakukan siasatan dahulu terhadap laporan laporan berkenaan dan memberi peluang kepada mereka yang di namakan dalam laporan itu bagi memberi penjelasan dan mempertahankan diri mereka."

 Sikap ini amatlah di alu-alukan dan terpuji yg patut di amalkan PAS Kuala Terengganu. Soalan saya kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu kenapakah sebelum mengambil tindakkan keatas saya, saya tidak di beri peluang memberi  penjelasan dan juga peluang mempertahankan diri ?

Ini adalah hak asasi seseorang insan di bumi Allah. Adakah mereka begitu berminat dan ghairah hendak menghukum saya sehingga menglupakan keadilan yg di tuntut Islam ?

 Tentang penulisan Pak Subki Latif pula, seorang tokoh veteran dan penulis PAS yg di hormati, dalam artikel Harakahdaily pada 7 Ogos bertajuk "Kisah Malang Raja Bahrin Shah" ada beberapa pandangan yg menarek. Di antaranya beliau berpendapat-

 1)Tentang tuduhan pembabitan Raja Bahrin dengan golongan H.B.-

 "Tiada apa apa masalah baginya jika ia sekadar NGO kerana dia juga adalah orang NGO yg dipimpin Tengku Razaleigh." Itulah merupakan pendirian saya dalam hal ini. Lagi pun saya belum pernah naik atau berucap di pentas H.B.

 2)Pak Subky juga berkata- "Raja Bahrin ada betul dan ada silapnya dan PAS Terengganu pun ada betul dan ada silapnya." Saperti Pak Subky berkata- saya pada masa itu masih mengambil jalan tengah mempertimbangkan pelawaan H.B. dan belum naik pentas H.B pun lagi untuk berceramah tetapi saya dihukum, di pulau dan di kecam olih ahli Jawatakuasa PAS Kuala Terengganu terutamanya.

 Kalaulah PAS Kawasan Kuala Terengganu bersikap lebih adil saperti Datuk Tuan Ibrahim dan juga lebih matang serta objektif saperti Pak Subky, situasi yg di hadapi hari ini tak akan ujud. Sikap cepat menghukum tampa peluang pembelaan pihak di tuduhlah yg mengujudkan budaya yg tidak sihat. – 9 Ogos, 2015. ~ themalaysianinsider
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

maka dengan itu, terimalah hakikat bahawa pas terengganu dipimpin oleh pemimpin yg kurang bijak.

Ramboo III said...

Berckp pasal islamik, adakah tindakan geng18 patuh kpd dap bbdg presiden sendiri itu islamik?butakah mata anda pabila langkah kajang itu langkah sumbang (gila kuasa,nepotism anwar ibrahim).

pan said...

Soalan islamik ni kena tanya tuang presideng PAs yg.lidah aada cabang...x.gitu!

Anonymous said...

Lu tak tau apa2 lu diam la ramboo III.

mohd zin said...

Ramboo lll ni pernah eksiden ke

Anonymous said...

wala' membuta tuli tu org bodoh je buat. Apakah menentang UG dianggap menentang presideng ikang singgang?Apakah menentang UG dianggap patuh pada dap? UG tu sape punya idea?

Abu Muhammad Haikal said...

Bila chai bersuara...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...