GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, August 07, 2015

'Tangan Ghaib' beri jaminan kepada SPRM ......

Tangan Ghaib ?
 Datuk Bahri Mohamad Zin tidak perlulah bersusah payah nak memburu 'Tangan Ghaib' atau dalang hingga ke lubang cacing sebagaimana sumpahnya hari tu....

Mungkinkah 'Tangan Ghaib' yang Datuk Bahri maksudkan itu adalah sebagaimana gambarnya yg tertera di sebelah ini?

Hanya 'Tangan Ghaib' ini sajalah yang punya kuasa untuk mengarahkan KPN 'buat kerja itu' atau mengarahkan 'hentikan kerja itu'.

 Hari ini 'Tangan Ghaib' ini memberi jaminan tidak akan ada tindakan lanjut terhadap pegawai SPRM yang diambil keterangan berhubung kebocoran maklumat siasatan di media sosial.  

Saya jamin tiada tindakan lanjut akan berlaku, katanya  di sini  Hahahaha! Kantoi!


Sementara itu mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak berkuasa yang sedang menjalankan penyiasatan berhubung kes dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seharusnya saling menghormati dan tidak perlu berkasar terhadap satu sama lain.

 Timbalan presiden Umno itu berkata, agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam siasatan syarikat milik Kementerian Kewangan itu seharusnya mampu duduk berbincang tanpa membabitkan serbuan sesama mereka.

 "Antara agensi-agensi, hormatlah," katanya merujuk kepada Bank Negara Malaysia, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara. Beliau merujuk kepada insiden serbuan polis terhadap pejabat beberapa pegawai SPRM baru-baru ini. Baca lagi di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Tangkap Zahid Hamidi tu
Kurang ajar punya manusia
Kalau aku jadi KPN dh lama dah aku penjarakannya
Apakan daya telor tak da

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...