JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, August 28, 2015

Tanggungjawab polis dan keselamatan melindungi perhimpunan Bersih 4 – Rafizi Ramli

Saya kecewa dengan kenyataan-kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad yang baru yang seolah-olah mahu menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.

 Kenyataan beliau yang dipetik media turut menyebut tentang kewujudan anasir yang kononnya ingin menimbulkan huru-hara.

 Hari ini juga, saya terkejut dengan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan menyekat laman-laman yang mempromosikan Bersih 4.

 Ini ditambah pula dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin yang menyebut bagaimana pihak tentera akan mengambil alih sekiranya kerajaan mengumumkan darurat. Tindakan dan kenyataan-kenyataan ini adalah keterlaluan dan tidak membantu memastikan satu perhimpunan rakyat yang aman sedangkan Bersih 4 adalah satu perhimpunan yang menepati hak rakyat seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Malah, keputusan mahkamah dengan jelas menegaskan berkali-kali perhimpunan Bersih adalah sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

 Kerana itu, saya menyeru supaya pihak berkuasa baik Kementerian Dalam Negeri, SKMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya bertenang dan tidak membuat kenyataan atau tindakan yang boleh mengganggu kelancaran Perhimpunan Bersih 4.

 Pengalaman sebelum ini dari perhimpunan Bersih yang pertama hingga Bersih 3 menunjukkan ratusan ribu rakyat akan tetap turun ke jalan raya di sekitar Kuala Lumpur untuk melahirkan pandangan mereka selaras dengan hak mereka di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak kira apa tindakan atau sekatan yang diambil pihak berkuasa.

 Demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan peserta Perhimpunan Bersih 4 yang turun mengikut peruntukan undang-undang, lebih baik sekiranya pihak berkuasa mengambil langkah membantu kelancaran perhimpunan ini.

 Kenyataan atau tindakan yang cuba menyekat rakyat dari turun tidak akan berkesan dan hanya menimbulkan ketegangan yang tidak diperlukan dalam keadaan rakyat sudah matang mengenai hak mereka berhimpun secara aman.

Saya juga ingin mengingatkan setiap anggota polis dan keselamatan yang bertugas sepanjang Perhimpunan Bersih 4 ini bahawa kami berhimpun demi memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka juga:

 1. Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka tidak perlu dibebankan dengan cukai GST dan tekanan ekonomi yang mendesak kehidupan mereka. 

 2. Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka dapat hidup dalam sebuah negara yang menghormati undang-undang. 

 3. Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka berkerajaankan pimpinan yang tidak makan rasuah dan menyeleweng wang rakyat.

 Saya yakin sahabat-sahabat dari kalangan anggota polis dan keselamatan akan bertindak profesional sepanjang perhimpunan Bersih 4 untuk melindungi keselamatan dan hak peserta seperti amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. – sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...