JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, August 26, 2015

LAPORAN POLIS KEATAS AKAUN PERIBADI NAJIB TUN RAZAK DAN PENIPUAN ARUL KANDA KANDASAMY DI IBU PEJABAT POLIS , SINGAPURA

 Setelah membuat satu laporan polis keatas syarikat Petrosaudi International dan 1MDB di Balai Polis Chairing Cross, London minggu lepas, kini Khairuddin Abu Hassan, bekas naib Ketua Umno Batu Kawan telah membuat dua laporan polis di ibu pejabat polis jalan Cantonment, Singapura. 

Dua laporan itu dibuat, satu keatas kes akaun peribadi najib tun razak, kedua ialah kes penipuan arul kanda kandasamy mengenai simpanan tunai Brazen Sky Limited (anak syarikat 1MDB) di bank BSI Singapura telah dibuat secara rasminya pada jam 10:30 pagi di jabatan 'Commercial Affairs Department' di ibu pejabat polis Singapura. 

 Menurut Khairuddin, kes akaun peribadi Najib Tun Razak telah melibatkan 'Falcon Private Bank' yakni 'Swiss Private Banking' cawangan Singapura maka secara langsung ianya mempunyai satu asas yang kukuh agar laporan polis dibuat di Singapura agar pihak 'Legal Enforcement Authority' di sini dapat menyiasat kes ini secara professional dan telus di bawah pengubahan wang haram.

 Pihak penyiasat dari 'Commercial Affairs Department' Singapura telah memberi jaminan untuk menyiasat kes ini secara komprehensif berteraskan segala bahan bukti yang telah diberikan kepada mereka, jelasnya lagi.

 Laporan polis keatas Arul Kanda Kandasamy dibuat ke atas kenyataan berunsur 'fitnah' serta menipu di dalam kes simpanan wang tunai berjumlah usd1.103 billion di bank BSI Singapura.

 Khairuddin berkata, "Demi untuk menyelamatkan negara kita dari sebarang unsur penyelewengan dana syarikat 1MDB serta untuk mencari kebenaran hakikat punca permasalahan syarikat ini maka adalah wajar untuk saya serahkan kepada undang-undang antarabangsa bagi menyiasatnya secara telus mahupun adil kerana mereka tidak mempunyai kepentingan langsung dalam kes skandal kewangan ini!!

  "Sesiapa saja yang tidak amanah tanpa mengira pangkat serta darjat walaupun beliau seorang Perdana Menteri sebagai contohnya harus dikemukakan ke muka pengadilan atas setiap perbuatan mungkar mereka!!"~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Tahniah dan syabas

Anonymous said...

Anaka watan dari UMNO sendiri yang berani demi untuk mencari kebenaran tapi sebaliknya pemimpin PAS menyokong pula najib dikekalkan,itulah pemimpin PAS duniawi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...