JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, August 06, 2015

Tidakkah Najib layak dihadapkan tuduhan rasuah.... Ker guana Ding?

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa imej DS Najib kini pada tahap terendah lantaran kegagalannya menangani kaitan dirinya dengan isu skandal 1MDB.

Segala tindakannya dalam usahanya untuk melepaskan diri masih gagal malah semakin banyak menimbulkan kontroversi baru. 

Keadaan kini sungguh buruk kerana melibatkan setiap komponen tadbir urus negara turut menjadi sasaran. 

Antara tindakan DS Najib yang menjadi kontraversi ialah :

1) Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ,  empat lagi menteri dan seorang timbalan menteri lain yang vokal menyuarakan isu 1MDB telah digugurkan dan digantikan. 

2) Peguam Negara, Gani Patail, ketika mahu memasuki pejabatnya, telah dihalang dan dimaklumkan oleh Setiausaha Negara, Ali Hamsa yg menunggunya disitu bahawa perkhidmatannya telah ditamatkan. Rakyat dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab kesihatan.

3) Tindakan polis membuat tangkapan dan menggeledah rumah-rumah dan pejabat penyiasat SPRM adalah sangat mencurigakan banyak pihak. Menyedarinya, kini pihak polis terpaksa menyakinkan orangramai bahawa tindakan menyoal siasat 8 pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan SRC International Sdn Bhd. adalah semata-mata untuk menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat berprofil tinggi  kepada pihak tidak sewajarnya dan bukan bertujuan mengganggu siasatan berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, mendedahkan bahawa wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib. 

Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Maka gegak gempitalah penyokong DS Najib menyambut berita tersebut. Ada yang kata bukan isu besar. Ada pula yang kata  bukan satu jenayah...

Masing-masing berkata sumbangan dana daripada penderma kepada mana-mana parti politik atau ahli politik adalah sesuatu yang rutin...

Mak OOii! Gila ker apa depa ni, walaupun RM2.6 billion itu masuk ke akaun peribadi, masih dianggap biasa??

Apa yang semakin mencengkam dan menggugat DS Najib sekarang ini adalah pengakuan kemasukan dana RM2.6 billion itu ke akaun peribadi Najib.The Wall Street Journal dalam pendedahannya itu tidak pernah menyatakan dana sebanyak itu datang dari 1MDB tetapi dari syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB! Maka betullah apa yang WSJ telah dedah itu!

Apakah DS Najib dan sekalian tukang ampu sudah cukup selesa setelah dana sebanyak itu diakui sebagai sumbangan daripada penderma?

Oh tidak! DS Najib dan para pengampunya semakin terjerut dengan jebak mereka sendiri bila mana Tan Sri Shahrir Samad memaklumkan bahawa, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti. Baca di sini

Mungkin mereka tidak pernah dengar kata-kata DS Najib semasa Perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya pada Februari 2012 seperti berikut : 
"Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah disertakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti. 
" Menerusi akaun yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap tahun kewangan berakhir. 
 " Kerajaan percaya dengan cara itu akan mengelakkan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan sumbangan itu dapat disampaikan kepada parti dan rakyat di semua peringkat." Katanya melalui rakaman di sini
Apakah mereka ini semua lupa definasi yang dinamakan rasuah itu?

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

#Meminta/Menerima Rasuah 
#Menawar/Memberi Rasuah 
#Membuat Tuntutan Palsu 
#Menyalahguna Jawatan/Kedudukan 

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. ~ sumber

Bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma. Seksyen ini menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, katanya di sini

So, DS Najib #Meminta/Menerima Rasuah, right? DS Najib #Menyalahguna Jawatan/Kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia right?

Tidakkah DS Najib layak dihadapkan dengan tuduhan rasuah? Right or not? Apa kata  Hj Hadi dan Haru Din ? Ker guana Ding?
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Hadi kata kita tunggu dan lihat dulu sampai kita semua tidur.
Harun Din kata tunggu kita orang mimpi

Anonymous said...

X PAYAH TANYA PAS LA.....DEPA DOK SIBUK DENGAN PARTI JE....BUKAN SIBUK DENGAN MASALAH NEGARA..MASALAH RAKYAT...

Anonymous said...




Klu sesumpah yg mngharamjaddah kan rkyat itu ditangkap masuk penjara

InsyaAllah sibapak fitnah yg songlap gelap yg brkongsi ghonimah pon akan masuk lokap

Sbb tu si sesumpah dan si bapak fitnah itu sggup temberang utk buat 'hudud' mnipu umah!?

Tabiat manusia saling puji mmuji dan mnjd sgt "ngam" skali krn songlap-gelap ghonimah!?

Klu sudah berkongsi puloh RATUS juta...itu smua 'CHAI' ana yg punya!!?

Anonymous said...




Klu sesumpah yg mngharamjaddah kan rkyat itu ditangkap masuk penjara

InsyaAllah sibapak fitnah yg songlap gelap yg brkongsi ghonimah pon akan masuk lokap

Sbb tu si sesumpah dan si bapak fitnah itu sggup temberang utk buat 'hudud' mnipu umah!?

Tabiat manusia saling puji mmuji dan mnjd sgt "ngam" skali krn songlap-gelap ghonimah!?

Klu sudah berkongsi puloh RATUS juta...itu smua 'CHAI' ana yg punya!!?

Usop Ali said...

Tangkap dengan harta harta curian sekali....baru adil

Anonymous said...

Hadi, press statement mana? Ini kes besar tau. Rakyat nak tengok hari2 kau gasak bn. Jangan harap tuan brahim saja.

Tuan ibrahim tak ada power cakap sorang2 dalam isu ni. Tengok, 10 orang saja datang dengar ceramah dia semalam kat tumpat. Yang lain dok tidur atas motor.

Hadi, hadi. Kau ni betul2 melingkupkan pas saja. Berehatlah. Duduk masjid buat amal...

Ritchie Blackmore said...

'Beri peluang kpd najib'kata sibangang yg berjubah hijau !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...