JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, August 03, 2015

Umno cawangan usul ‘lebih agresif’ terhadap Najib jika gagal jawab dakwaan

Beri jawapan terhadap dakwaan, atau 
hadapi tindakan 'agresif' jika gagal.
Umno Cawangan Taman Datuk Amar Diraja mengusulkan agar kaedah yang lebih "agresif" diambil sekiranya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak gagal memberikan jawapan terhadap dakwaan yang melanda kepimpinannya.

 Usul yang dibawa pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang itu menyatakan isu membabitkan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibu, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembelian jet peribadi, serta ekonomi Melayu, memerlukan jawapan yang jitu dan padu dari Najib.

 "Sekiranya Najib tidak dapat mengemukakan jawapan yang padu, kami mengusulkan agar kepimpinan Umno di peringkat bahagian, negeri, mahupun Malaysia, memikirkan kaedah yang lebih agresif dan bersepadu dengan mengutamakan dan melebihkan parti berbanding individu," kata usul berkenaan.

 "Sesungguhnya, sekiranya keadaan ini tidak diberi perhatian dan tindakan oleh barisan tertinggi kepimpinan Umno, kami selaku ahli Umno bimbang, parti keramat yang menjadi tunggak bangsa Melayu ini akan jatuh tersembam dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak," katanya.

  Usul berkenaan menyebut, selama 2 penggal Najib menerajui kepimpinan negara, tiada sebarang tanda menunjukkan ekonomi bangsa Melayu mengalami peningkatan.

 "Belum ada tanda-tanda sokongan masyarakat Cina bertambah, belum ada tanda-tanda kestabilan politik negara akan berlaku, sebaliknya isu demi isu didedahkan yang membabitkan Najib amat membimbangkan kami selaku ahli Umno dan penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata usul tersebut.

 Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang berlangsung hari ini di Dewan Pekan Rabu, Kluang, Johor dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Najib pada Selasa.

 Beliau sebelum ini dilihat lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya membabitkan isu 1MDB yang dibebani skandal hutang berjumlah RM42 bilion. ~sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Jawab Najib, kes itu dalam siasatan... tunggulah. Nak tunggu macam mana, sedang dalam proses siasat ada pulak "hantu" yang mengganggu.. Pegawai kena pecat, tempat tersimpan bukti kena serbu, yang hantar (despatcher) dokumen pun kena tahan...
...mmm.. terlepas lagilah hsntu tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...