JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, August 28, 2015

Umno fail saman ke atas Najib

Umno hari ini memfailkan saman terhadap presiden parti menggesa beliau menjawab rentetan peristiwa yang terjadi melibatkan dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.

 Peguam bagi plaintif, Hanif Khatri memberitahu saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi ini.

 "Pada dasarnya ini adalah saman oleh Umno untuk Umno, meminta presiden parti bertanggungjawab terhadap kronologi yang berkaitan wang RM2.6 bilion itu, dari mana datangnya, ke mana perginya, berapa banyak yang tinggal dan pulangkan ia bagi kebaikan Umno," katanya, sambil menambah beliau akan menjelaskan lebih lanjut pada satu sidang media hari ini.

 Beliau berkata, nama yang disenaraikan sebagai plaintif di writ saman itu ialah seorang wanita yang merupakan ahli Umno. ~  themalaysianinsider
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...