GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, August 03, 2015

Usul panas Umno Kluang : isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Persidangan UMNO Bahagian Kluang, di Kluang, Ahad kelmarin merupakan yang pertama dirasmikan Muhyiddin selepas beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lepas.

Muhyiddin sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk terus membantu Najib mengukuhkan UMNO, dan pada masa yang sama akan tetap menyuarakan pandangannya demi kelangsungan parti itu.

Mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.


 Antara isu yg menjadi persoalan yg menjadi tanda tanya pada rakyat adalah kes pembunuhan Altantuya, wanita yg terlibat dengan skandal pembelian kapal selam. Dua anggota polis yg dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicarakan semula dan dikenakan hukuman bunuh. Seorang daripada mereka berada didalam tahanan, tetapi seorang lagi 'SIRUL' berada di Australia. Dia membuat knyataan bahawa dia diarahkan untuk membunuh. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan? Sebagai pengawal peribadi YAB Dato' Seri Najib, dakwaan Sirul perlu di siasat untuk mentukan siapa yg memberi arahan. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


Begitu juga kes 1 Malaysia Development Berhad (1MBD), bagaimana sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yg mana Perdana Menteri sendiri merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat memiliki bebanan hutang berjumlah RM51 Bilion, tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbilion Ringgit oleh Tack Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tiada jawapan yang padu daripada YAB Dato' Seri Najib sendiri. Laporan-laporan dalam akhbar di New York (New York Time bertarikh 7 Februari 2015) begitu tajam, pedas dan berleluasa namun YAB Dato' Seri Najib masih membisu seribu bahasa.

Mesyuarat juga menyentuh isi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) dengan mendesak kerajaan menggandakan aktiviti pemantauan ke atas pelaksanaan GST dengan lebih agresif bagi mengelak penipuan oleh peniaga.

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...