GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, September 08, 2015

Ancaman Baju Merah belum tamat, kata NGO Islam

Lima belas kumpulan Islam dan ahli akademik hari ini tampil mengingatkan bahawa ancaman “Baju Merah” belum benar-benar berlalu walaupun polis telah melarang perhimpunan 16 September ini.

 “Segala panggilan ke arah hasutan persengketaan antara kaum perlu ditangani dengan pantas,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

 “Kami menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi untuk bertindak secara profesional bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman di suasana negara yang tidak menentu ini.

 Antara bergabung dalam kenyataan bersama itu, kumpulan 25 Melayu terkemuka (G25), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1 Muslim Professionals Forum (MPF), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan Islamic Renaissance Front (IRF).

 Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Dr Maszlee Malik pula menandatangani kenyataan itu atas kapasiti peribadi.

 Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid hari ini mengumumkan larangan itu atas alasan implikasi keselamatan.

 Perhimpunan dirancang di Bukit Bintang itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

 Pengkritik membangkitkan dominasi kaum Cina serta dakwaan perhimpunan anti-perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikuasai DAP.

 Penghargaan buat polis9 Dalam kenyataan hari ini, kumpulan Islam itu bagaimanapun merakamkan penghargaan kepada pihak polis kerana melarang perhimpunan Baju Merah.

 “Ia melenyapkan potensi berlakunya keadaan yang tidak terkawal, yang berlandaskan sentimen perkauman dan ketaksuban, yang mengancam keharmonian antara kaum,” kata mereka.

 Mereka juga membangkitkan tempat yang dipilih, termasuk penggunaan gambaran pahlawan bersenjatakan keris yang didakwa mereka berniat memprovokasi dan mengugut.

 Kumpulan itu bagaimanapun mengakui bangsa Melayu hilang sebahagian besar kehormatan dan maruah apabila ketinggalan dalam banyak bidang, termasuk masalah sosial teruk generasi muda.

 “Namun demikian, kita tidak menebus kehormatan dan maruah kita dengan menyalahkan kaum lain, walhal golongan politik elit yang kononnya 'berjuang untuk agama dan bangsa" hanya ingin berpaut kepada kuasa.

 “Tetapi (mereka) telah kehilangan legitimasi untuk mentadbir kerana dakwaan serius rasuah, salah urus tadbir dan penyalahgunaan kuasa,” kata mereka lagi.

 Kumpulan itu juga menegaskan kumpulan Baju Merah itu tidak mewakili suara orang Melayu Islam. ~  malaysiakini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Diorang newakili tauke ikan bakar yg hutang bertimbun. Harap dpat share dari 2.6b dan 2.1b

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...