JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, September 06, 2015

Azmin sokong PAS sertai Pakatan Rakyat 2.0

OLEH YASMIN RAMLAN

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi pendirian parti itu yang mahu meneruskan kerjasama politik dengan PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu bakal dinamakan Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

 Katanya, kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama membawa perubahan dalam negara, senada dengan pendapat yang disuarakan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 "Musuh kita hanyalah Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata menteri besar Selangor itu.

 "Dan kalau ada pihak, termasuk PAS yang terus komited dengan agenda bersama PR, maka sudah tentulah kita akan bekerjasama dengan PAS dan mana-mana parti politik yang mempunyai dasar perjuangan sealiran dengan PR.

 "Ini ditegaskan berulang kali," katanya kepada media selepas menghadiri 'PJ Half Marathon' di Petaling Jaya hari ini ketika diminta mengulas sama ada wajar PAS berada bersama PR 2.0 atau tidak.

 Khamis lalu Dr Wan Azizah berkata, PKR masih mahu bekerjasama dengan PASmengatakan parti itu boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.

 Beliau turut menepis bantahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak mahu PAS bersama PR2.0, mengatakan ia pendapat peribadi salah seorang pemimpinnya, merujuk kepada Mohamed Hanipa Maidin.

 Hanipa sebelum ini berkata, langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatanatau menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.

 Bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyebut PAS apabila beliau baru-baru ini berkata, kehadiran Amanah akan meningkatkan kerjasama antara parti pembangkang. – 6 September, 2015.themalaysianinsider
Comments
6 Comments

6 comments :

Wan Rosli said...

Aku ikut apa saja kata TGHH.. kalau beliau nak join PR2.0 aku ok aje.. tak nak join pun aku tetap ok.. aku yakin beliau sebagai pemimpin aku di dunia mahupun di akhirat..

Anonymous said...

Aper yg pan takut. PAS dasar nya aper yg tuan tahu . hanya masaalah dengan dap kerana lslam ni kena sensitive tapi dap ni dunia dia punya. PAS kan pembangkang juga . Takut ahli PAS ber istekamah dan balik semula ker PAS. Perlu diingat kita merancang .tapi rancangan Allah lebih baik.

Ritchie Blackmore said...

Pas pulak kena bai,ah dgn PR 2.0,kalau langgar baiah semua pak lebai Pas automatik jadi duda..kah kah kah

Anonymous said...

keh keh keh.. mamat ni mmg selalu nak ambik jalan selamat..

Anonymous said...

sokong wan rosli.

Anonymous said...

Jadi duda ok. Boleh kawin dgn awek muda. Byk getah. Hohoho. Lebai pas mesti suka. Hoho

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...