GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, September 10, 2015

Baju Merah yakin PAS, PERKASA turut berdemo

Kumpulan anti-BERSIH percaya anggota PAS dan PERKASA akan hadir dalam Himpunan Maruah Melayu pada ibu kota 16 September ini. 

Pemimpin akar umbi Umno Datuk Jamal Md Yunos, menggunakan platform Gabungan NGO-NGO Malaysia, menaruh harapan pada “semangat Melayu” mereka pada parti Islam dan kumpulan pendesak Melayu itu.

 “Saya percaya dan yakin ahli-ahli PAS akan datang dengan identiti mereka sendiri.

 “Identiti warna, kita merah, mereka hijau. Kami alu-alukan. Asal (orang) Melayu,” katanya.

 Walaupun tiada kenyataan rasmi, ketua Umno bahagian Sungai Besar itu bagaimanapun yakin bahawa anggota PERKASA akan turun pada perhimpunan itu berdasarkan semangat kemelayuan dalam diri mereka.

 “Saya percaya dan yakin ahli-ahli PERKASA secara individu akan terlibat bersama kami kerana saya melihat PERKASA ini mempunyai satu semangat kemelayuan, maruah Melayu sangat kuat dan menebal di kalangan ahli-ahlinya.

 “Itu terpulang pada PERKASA. Semalam sahaja, ahli-ahli PERKASA telah beli baju lebih kurang 400 helai baju,” katanya lagi.

 Sementara itu, Jamal berkata beliau kini memperolehi RM50,000 hasil daripada jualan baju sempena perhimpunan tersebut.

 Katanya, jumlah pembelian baju itu juga menjadi penanda aras untuk melihat sejauh mana sambutan daripada kaum Melayu mengenai perhimpunan yang akan dibuat pada minggu depan itu.

 “Hari ini di PWTC, saya percaya mampu jual sampai 5,000 helai. Semalam sampai jam 2 pagi dapat kumpul sehingga RM50,000.

 “Ini menandakan bahawa program ini mendapat sambutan. Kami jual baju walaupun tak dapat untung tetapi nak lihat sejauhmana sambutan daripada kalangan orang-orang Melayu tentang semangat perhimpunan ini.

 “Pihak saya sahaja buat 30,000 helai untuk dijual,” katanya. – malaysiakini
Comments
2 Comments

2 comments :

pan said...

Baju beli kat Tauke Cina!ha..ha..ha..

Abdul Said said...

Ramai juga orang Melayu yang bodoh bodoh dan boleh diperkudakan sebagai hamba!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...