JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, September 18, 2015

Berita yang amat sukar dipercayai....


 Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos menyangkal dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan cek berjumlah RM3 juta bagi penganjuran "Himpunan Rakyat Bersatu".

 Jamal menegaskan penganjur Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di ibu negara semalam tidak menerima sebarang peruntukan daripada perdana menteri mahupun kerajaan.

 "Saya ingin nafikan kenyataan dan berita ini. Saya ingin menegaskan Himpunan Rakyat Bersatu tidak ada kaitan dengan Najib dan tidak menerima sebarang peruntukan daripada beliau mahupun kerajaan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

 Jamal berkata dakwaan itu adalah satu fitnah dan merupakan berita yang tidak berasas yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

 Berlangsung di Padang Merbok di ibu negara semalam, himpunan yang diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) itu dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas. – Bernama, 17 September, 2015.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...