GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, September 09, 2015

Bersendirian adalah lebih baik, daripada berkawan dan tikam kawan!

 Pemimpin parti Amanah Negara ni memang jenih orang yang baik-baik belaka. Walaupun Hj Hadi dah hina depa berbagai rupa, namun depa masih tidak pernah serik, nak juga bermesra dengan puak-puak macam itu.
Haji Hadi dah kata depa ni orang yg khianat dlm perjuangan, lebih teruk drp lawan. Lawan, kita boleh tahaluf dgn lawan! Haji Hadi dah cop depa ni, sebagai orang yg khianat dgn perjuangan; tak ada pilihan; depa ni asal dari kita, kenai kita, tapi dah menyeleweng .... samada hangpa balik semula kepada kita , atau hangpa dihapuskan!
Haji Hadi kata, yang tahaluf adalah dgn yg lawan, bukan macam korang yang asal dari PAS dan menyeleweng!
Lebih kurang gitulah maksud kata-kata Hj Hadi. Kalau masih tak faham tak tahulah apa jenis manusi korang ni semua!

Bila baca berita yang berikut, ramai yang berasa jengkel dan meluat dengan sikap cuba berbaik-baik semula dengan PAS.Cukuplah dimasa -masa yang lalu korang dimaki hamun bagai oleh puak-puak wala'un!

Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mencapai kata sepakat untuk sedia menerima PAS dalam gabungan baharu parti pembangkang iaitu namun parti Islam itu nampaknya mahu hidup bersendirian kerana merasakan mereka sudah cukup kuat, kata pemimpin.

 Ahli Jawatankuasa Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam membentuk hubungan baharu memang ada perbezaan pandangan antara mereka dan ia diraikan dalam parti baharu itu.

"Namun secara majoritinya kami sedia menerima PAS jika sudi untuk bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR2.0) untuk sama-sama menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

 "Namun terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian sebagaimana dinyatakan oleh presidennya," kata Dzulkefly.

 Semalam di Kuala Terengganu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan tidak mustahil parti Islam itu akan bergerak bersendirian tanpa bekerjasama dengan BN ataupun pembangkang. Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...