JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, September 08, 2015

Cubaan Terdesak Penyangak 1MDB cuba memfitnah anak Anwar Ibrahim

Sila berikan bukti kamu bahawa dia menawarkan USD2 juta ??? Kamu ada bukti.??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berhenti menggunakan media yang dikawal kerajaan dan kenyataan Xavier Justo yang kini dalam tahanan bagi mengelakkan diri daripada kesalahan yang dilakukannya berhubung isu dana RM2.6 bilion, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.  

Nurul Izzah dalam kenyataannya berkata, tindakan kerajaan dan media kawalan kerajaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan Justo juga adalah tidak tepat kerana beliau tidak pernah menemui lelaki tersebut. 

 "Untuk rekod, saya menafikan saya menawarkan kontrak bernilai US$2 juta kepada Justo dalam kontrak kerajaan akan datang apabila pembangkang berkuasa. Saya juga tidak pernah menemuinya," kata Nurul Izzah, dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. 

 Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan akhbar New Straits Time yang melaporkan berita dengan artikel bertajuk: "Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data". 

 "Ini adalah cubaan terdesak media kawalan Barisan Nasional (BN) untuk melarikan diri daripada isu sebenar skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan perdana menteri," katanya. 

 Akhbar berkenaan hari ini melaporkan melalui pengakuan bertulis Justo, Nurul Izzah mahu membeli data 1MDB yang dicurinya pada 2011. Akhbar itu turut mendedahkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu bukan pilihan "pembeli berpotensinya" dan Justo mahukan data berkenaan dijual pada harga AS$2 juta (RM8.7 juta) secara tunai.

 Justo turut mendakwa, Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bertindak sebagai broker dan memperkenalkan Nurul Izzah kepadanya.

 Berita sama turut disiarkan di akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian.

 "Saya sudah mengarahkan peguam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap NST dan Berita Harian," kata Nurul Izzah.

 Beliau sebaliknya berkata, persoalan sebenar bukan mengenai data yang dicuri tetapi isi kandungan dokumen berkenaan.

 "Ia mengenai dokumen-dokumen itu, bersama laporan The Wall Street Journal (WSJ), Sarawak Report dan The Edge laporkan mengenai rasuah, pengubahan wang haram dan dakwaan rasuah yang mengelubungi 1MDB," katanya. – 8 September, 2015. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...