GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, September 02, 2015

Cubit peha kiri, peha kanan juga terasa...

 Sebelum ini, gambar Hj Hadi dan almarhum TGNA dikencing tidak pernah diambil apa-apa tindakan pun oleh polis walaupun aduan telah dibuat.

Tapi sejak Hj Hadi berkawan baik dengan Perdana Menteri Najib, dia bukan sahaja mendapat pujian dari Najib, rupa-rupanya Hj Hadi juga seolah-olah mendapat perlindungan khas dari Najib.

Perdana Menteri Najib menganggapnya umpama cubit peha kiri, peha kanan juga yang terasa ....

 Dulu gambar Hj Hadi kena kencing pun tak siapa nak ambil hal. Tapi kali ini lain keadaannya. Don't play-play .....

 Tidak sia-sialah Hj Hadi yang akhir-akhir ini sering dilihat mempertahankan Najib walaupun Najib menerima tentangan hebat dari kalangan ahli partinya sendiri.

 Sikap PAS menganggap tindakan memijak gambar Presiden mereka sangat biadab, tetapi apakah mereka telah lupa, bahawa mereka juga pernah memijak-mijak gambar  pemimpin parti mereka sendiri seperti Mat Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad Dr Dzulkefli, Dr Hatta dan lainnya...Malah mereka menyerang dan melabel dengan label yang bukan-bukan pula...

Hj Hadi dianggap begitu mulia tarafnya, dianggap manusia suci oleh pengikutnya yang ta'sub, sebaliknya memandang hina dan jijik terhadap yang lain hingga sanggup menganggap yg lain sebagai Munafik Haraki, tergelincir aqidah .....

 Puak agamawan yang berjubah dan berserban pijak gambar Dr Hatta, Mat Sabu dan Husam dll semasa berdemo dihadapan Pejabat Agong PAS dulu, Hj Hadi buat tak mandang atau tak ambik hal sehabuk pung!

 Tapi bila kena tang diri dia sendiri, bukan main melenting macam monyet kena belacan! 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur hari ini mahu menyiasat kes memijak gambar Presiden PAS dan perdana menteri mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu cubaan menyebabkan ketakutan kepada orang awam.Laporan seterusnya di sini.

Gambar sebelah ni, orang pijak gambar Khalid Samad depan mata, polis tak mahu tangkap pula?? Hahahaha!
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Aku bertambah meluat dgn puak2 ni...dulu masa anjur BESIH...semua x pa...bila sekarang ni dh x anjur..mcm fatwa keluar... puak ni bt apa pn dikira halal tp klu org lain bt..semuanya x elok..x baik...ini lah golongan ulama su'u

Anonymous said...

perangai tak matang. mcm mana nak pimpin ummah. jauh drpd akhlak Rasulullah saw

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...