GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, September 09, 2015

DAP dah mula sound PKR, jelaskan kenapa mahu bersama PAS ?

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali perlu menjelaskan kepada penyokong parti pembangkang mengapa pihaknya memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.

 Katanya, Azmin dan PKR mungkin mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian tetapi ia harus menerangkan kepada penyokong mereka mengenai keputusan untuk bekerjasama dengan parti Islam itu yang sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP.

 "Azmin mempunyai sebabnya sendiri, tetapi walau apa pun sebabnya, beliau perlu menjelaskan kepada penyokong mengapa membuat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS," kata Lim pada satu sidang media di pejabatnya di Pulau Pinang hari ini.

 "DAP tidak akan bekerjasama dengan PAS kerana mereka sudah putuskan hubungan dengan DAP. Selepas itu, mereka juga berkata akan bertanding di kawasan yang dipegang DAP." Baca lagi di sini

Sebelum ini entri saya di sini  menyentuh desakan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya Mohamed Azmin Ali menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas. DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.

Berita itu kemudiannya dinafikan, namun beberapa pilihan telah diberikan kepada Azmin supaya kerajaan negeri sedia ada terus kekal. “DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,”

Apakah DAP Selangor  telah mencadangkan apa yang pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari menyarankan :

1) Usul undi tidak percaya dalam dewan. Mana-mana Adun boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.

2) Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan adakan pilihan raya negeri semula bagi memberikan mandat kepada rakyat. (Rujuk di sini )

 Lim Guan Eng dah cuit otek-otek saja tu....Jadi kenalah DAP Selangor, tolong cuit-cuit sikit Azmin tu. Dulu kata bagi tempoh sebelum September.... 

 La ni dah masuk seminggu lebih bulan September ..... Tony Pua gunalah siku atau lutut kalau perlu! Hahahaha!
Comments
5 Comments

5 comments :

Wan Rosli said...

DAP masih belum puas meskipun sudah menguasai PAN yg tunduk layu dpn DAP.. kini DAP menyangka mereka boleh jentik PKR sbgaimana mereka menjentik PAN.. kita tunggu permainan seterusnya oleh DAP.. kalau boleh dia mahu semua parti gabungan tunduk dgn dia.. sbb tu PAS difitnah nya hanya kerana x mahu akur dgn DAP..

alhussin said...

Dia fitnah PAS apa ya?

otoote said...

eh...en wan rosli ada sini pulak....ko maseh merapu cam dulu gitu ye ek...hmmmm.... ciaaannnnn....lama ko sakit...lom semnuh2 lg....J

Wan Rosli said...

Fitnah TGHH khianat sedangkan TGHH bertindak berdasarkn apa yg telah ditandatangani bersama LGE.. sbg contoh kes hudud lah bro..

Wan Rosli said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...