GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, September 11, 2015

DS Nizar : Saman Tetap Saman!


DS Nizar hantar notis saman fitnah ke atas Haji Razman Zakaria, tapi kenapa pula Razman mahu melibatkan Badan Perhubungan Negeri?

 Badan Perhubungan Negeri pula seolah-olah mengeluarkan satu arahan kepada DS Nizar supaya hadir ke pejabat mereka untuk bertemu. 

Saya telah bertanyakan DS Nizar pagi tadi melalui wasap :

"Salam, bagaimana dgn perjumpaan dgn perhubungan negeri pd 9 Sept tu? Tlg habaq nak masuk blog"

Kemudian beliau jawab : " Saman tetap saman, ana tak pegi pun!"

 Saya orang kecil sahaja dan bukan rapat mana pun dgn DS Nizar kalau nak dibandingkan dgn Razman; tapi masih boleh berhubungan melalui wassap.

Surat arahan Badan Perhubungan
PAS Perak?
 Mustahil DS Nizar tidak akan melayan orang sebesar Razman seorang PJ!

Buat apalah gi ajak segala wala'un solat hajat...nyusahkan orang lain. Bukankah lebih baik jika beliau sendiri datang menemui DS Nizar, minta maaf diatas segala ketelanjurannya? Atau telepon....

 Janganlah terikut-ikut perangai Hj Hadi yang tak tahu langsung nak minta maaf bila tuduh orang jual pill kuda dan kominis!

Atau jika Razman, kerana nak menjaga air muka dan sifat egonya, lantiklah seorang peguam mewakili dirinya dan selesaikan isu tersebut di luar mahkamah. 

Khabarnya, Zamri Ibrahim, Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) enggan mewakili Razman dalam isu saman tersebut. Entah kenapa ya? 

Tapi bukankah masih ada ramai LAGI peguam lain kan? Kenapa Razman nak pakai peguam percuma sahaja ?

Menurut satu sumber, dakwa Blog Sisi bukit, "Haji Razman takut beliau tidak boleh bertanding dalam PRU 14 dan sumber itu MENDAKWA lagi, Haji Razman Zakaria takut kalau beliau boleh diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar saman RM3 juta.

 Ada dua lagi saman fitnah dari Ustaz Ahmad Awang dan Haji Asmuni Awi, Pengerusi Amanah Perak dakwa blog itu di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

nak jd mb? nak menang dun pun tipis2. kena cari kawasan yg gerenti pas boleh menang. ada ka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...