KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Sunday, September 20, 2015

Haji Hadi Bukan Nabi.. PAS bukan Agama...

Inilah masalahnya bila Ulama mencari dalil bagi menjadikan ayat2 Quran sebagai perisai diri.. Masih mengaitkan soal kepercayaan Politik dengan kepercayaan Agama dan Aqidah.. 

Bagaimana Tok Guru haji Hadi boleh Menyamakan Bai'ah Sahabat, dan Ummat ketika itu kepada Nabi, dengan Bai'ah kepada parti Politik.. 

Apakah Haji Hadi itu Nabi dan PAS itu agama sebagai ukuran Aqidah? tidak kah Tok Guru Haji hadi dapat membezakan Munafiq Zaman Nabi itu Munafiq I'tiqadi.. mereka berpura pura Ber'baiah kepada Nabi.. mengakui kenabian Nabi Muhammad tetapi mereka sebenarnya berpura pura Beriman dan menyembunyikan kekafiran... 

Haji Hadi telah menyalah Tafsir Ayat Quran demi Kepentingan diri.. Amat menyedihkan..

 seperti mana Firman Allah dalam Surah Munafiqun ayat 19 

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ 

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Ayat ini diriwayat dari hadis Bukhari, sanad nya disampai kpd Zaid bin Arqam bagaimana Abdullah Bin Ubai cuba memperngaruhi orang terdekat dengan nabi agar tidak menginfaqkan diri dan harta kepada Nabi, mereka hanya mengakui kenabian hanya di mulut sedangkan hati mereka tidak beriman.. Bersambung dari ayat pertama, ia menyentuh soal Sumpah kaum Munafiq di dalam ayat 2 Surah Munafiqun..

 ٱتَّخَذُوٓا۟ أَيْمَٰنَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّهُمْ سَآءَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ  
Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan..

 Cukuplah setakat ini dulu ulasan aku, Soal Sumpah(yamin) dan Baiah talaq Isteri dah aku ulas sebelum ini, Aku sering melihat Tulisan Tok guru selama ini cuba mengaitkan persoalan kepercayaan Aqidah dan soal kepercayaan kepada sesebuah Parti atau Wadah perjuangan.. Cukup lah Tok Guru haji hadi.. 

Berhentikan menggunakan Ayat Quran demi mempertahankan Kesilapan dan kesalahan sendiri.. tidak perlu sampai mempertahankan kemungkaran Talaq 3 dalam bai'ah PAS, Rendahkan lah diri kamu.. Isteri dan rumah tanggan bukan bahan dagangan Politik.. jangan amal budaya takfir.. buanglah sikap Ego dan Meninggi diri.. merasakan hanya mereka sahaja berada di pihak yang Benar..

 Haji Hadi Bukan Nabi.. PAS bukan Agama... Perjuangan dan Aqidah Islam bukan hak Esklusif PAS...

 Ipoh Mali

(Nota : Komen diatas adalah merujuk kepada laporan di sini )
Comments
7 Comments

7 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Terbaekk

Anonymous said...

Sudahla Hj Hadi. Bersediala memaafkn orang lain. Lg byk Hj Hadi bckp mcm2, lg byk tempng dbwh kpimpinan tuan.
Yg keluar tu bukan dia mnolak islam, bukan dia keluar islam. Cuma mereka tu dminta keluar, jadi apa yg meroyan sngt, keluar la mereka..
Cukupla tu, biar mereka tubuh parti utk mbangunkn islam.
Hentikn sumpah seranah tu. Tak baik...dosa

Anonymous said...

Inilah pemimpin yg penuh dgn sifat riak dan takbur
Ramai rakyat jadi syirik kerana terlalu memuja mereka
Mereka sebenarnya syaitan yg dikenali..

Anonymous said...

Bravoo !

Ulamak bukan Nabi , Pas bukan Agama

Para Lebai diNusantara acap kali menjual populariti dgn memperalat ayat al Quran dan al Hadis demi sampul .

Lebai terlibat dlm politik demi Fulus utk dpt pencen . Dlm erti kata lain Agama hanya alat demi kepentingan peribadi .

Al Quran benar , Hadis ada yg benar dan ada pula palsu - hanya saja terdapat pelajar tuli dan pekak mempercayainya.

Hadis tidak boleh brcanggah dgn ayat Al Quran - sekiranya hadis tersebut tidak selari dgn pengertian al Quran , hadis tersebut adalah palsu dan reka reka .

Sejarah membuktikan bayak hadis yg di rekacipta oleh para Lebai demi fulus yg dibiayayai oleh pemerintah Bani Umaiyah
dan Abassiyah demi menjamin pemerintahan mereka .

Amat malang apabila Al Quran dan Hadis diperalat oleh Lebai demi kepentingan peribadi

Seolah - olah Al Quran diturunkan Allah kpd Lebai Pas atau Lebai Lebai yg sering dipaparkan dikaca tv.

Seolah - olah Hadis yg diutarakan bukan dari Nabi tetapi dari Lebai yg menjual agama samada dlm politik mahupun dikaca tv .

Tolong buktikan seorang Lebai yg jujur dan ikhlas menyampaikan kuliah agama tanpa sampul ? Kat alam melayu ni.

Tolong buktikan Lebai Lebai Malang ni sebagai Ulamak .

Sekiranya Lebai Lebai karut marut ni Ulamak , tolong buktikan Kitab Kitab Agama yg telah mereka karang dan berapa jilid pula.

Kalau hanya merujuk Kitab Ulamak terdahulu mereka hanya layak bergelar ustaz atau guru bukan ulamak tetapi ularmak yg syok sendiri.

Jgn angkat bakul masuk sendiri mengelar diri sebagai ulamak nanti diludah para malaikat.

Anonymous said...

Hadi memutar belit ayat quran. Sebsb tu quran sumpah dia. Jadi dia pun cakap berbelit belit.

Anonymous said...

Jangan hina ulamak. Ulamak yang akan solatkan mayat korang satu hari nanti bila tiba masanya.

Anonymous said...

Jangan hina ulamak. Ulamak yang akan solatkan mayat korang satu hari nanti bila tiba masanya.....Kesian ulamak...kalau depa mati tak ada siapa yg akan sembahyangkan mereka?? Hahahaha!Cepatlah kamu mati sebelum ulama tu habis mati!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...