GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, September 17, 2015

Himpunan Baju Merah hanya menjatuhkan maruah Melayu

Berapa ramai HBM sebenarnya?

Berbagai angka yang berbeza mengenai jumlah peserta Himpunan Baju Merah (HBM) yang turun kelmarin.

1) Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata penyertaan kira-kira       200,000 peserta.

2)  Tan Sri Annuar Musa ketika berucap di Padang Merbok mendakwa seramai 250,000 menyertai himpunan itu.

3)  Jamal Yunus kata, 500,000 kah! kah! kah!

4) Wartawan FMT yang membuat liputan sepanjang himpunan itu menganggarkan hanya 50,000 peserta menyertai himpunan berkenaan.

5) Ketua Polis Kuala Lumpur, Tajuddin Md Isa  menganggarkan sekitar  35, 000 sahaja

Ramai yang kata, Umno terlalu pandai sangat mengira....Ahmad Maslan mungkin tak sempat nak menghabiskan kiraannya....Hahahaha!

Apa objektif sebenar Himpunan Baju Merah? 

Bersih 4 mempunyai 5 objektif utama. Ia juga termasuk matlamat meminta perdana menteri meletakkan jawatan atas dakwaan beliau menerima derma RM2.6 bilion. 

Sebaliknya HBM mendakwa tujuannya ialah utk melindungi maruah Melayu.

HBM menggunakan isu perkauman dan bermain dengan emosi untuk menyeru orang Melayu supaya beramai-ramai menyertainya.

Tetapi ternyata, objektif sebenar HBM, sepertimana yang didedahkan sendiri oleh ketua penganjur himpunan tersebut ialah untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai mandat popular untuk terajui negara!

Bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah - "Ia bukan sebenarnya tentang menyokong parti tetapi tentang membela individu tertentu," kata bekas ahli Parlimen Temerloh itu.

HBM gagal menaikan maruah Melayu


 Tak kiralah berapa ramai yang berhimpun pada 16 Sept. Kita terima sahaja anggaran Ali Rustam, 200,000 itu.

Dari sejumlah 3.4 juta keahlian Umno, hanya 200,000 sahaja yang masih menyokong PM Najib?? 

Itu adalah satu jumlah yang sangat minima dan sangat memalukan jika ada pembodek seperti Ali Rustam mahu mendabik dada memperakukan yang kononnya Najib mendapat sokongan padu! 

Zainudin Maidin pernah meramalkan HBM ini akan menemui kegagalan Maka itu sekiranya demonstrasi itu bertujuan untuk mengangkat "Maruah Melayu" ia akan menjatuhkan Maruah Melayu kerana kehadiran kelak akan jauh lebih kecil dari himpunan lebih 500,000 orang Cina walaupun mereka bukan majoriti rakyat negara ini. 

Bersih 4.0 di merata ibu negara di seluruh dunia! HBM ada?


Walaupun disediakan pengangkutan (bas PLKN !) dan lain-lain kemudahan (baju percuma) juga tidak ada mana-mana institusi yang mengeluarkan larangan untuk menyertai HBM, ternyata jumlah peserta HBM  adalah sangat kecil dan memalukan. 

Jumlah Melayu dalam Himpunan Bersih diyakini akan berganda sekiranya tidak ada larangan-larangan dan ugutan-ugutan dari pihak tertentu.

Himpunan Bersih 4.0 bukan sahaja di adakan di bandaraya Kuala Lumpur, tetapi juga di bandar-bandar lain di Semenanjung, termasuk Sabah dan Sarawak.

Malah perhimpunan Bersih diadakan di merata ibu negara di seluruh dunia! HBM ada?

  Samada dari segi jumlah penyertaan dan disiplin para peserta, HBM tidak dapat menandingi Bersih. 

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang juga bekas menteri undang-undang walaupun bukan penyokong Bersih 4.0, beliau tetap memuji Bersih 4.0 kerana berjaya berhimpun dan berakhir dengan aman. 

Datuk Tajuddin Md Isa (Ketua Polis Kuala Lumpur) telah memuji peserta BERSIH 4.0 yang mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke Dataran Merdeka. 

 Tiada sebarang tangkapan dilakukan di Perhimpunan Bersih 4 berbanding HBM, dua ditahan kerana dipercayai cuba merempuh halangan polis di Jalan Petaling, semasa perhimpunan itu.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

kuning - rakyat power (people's power)
merah - rakyat kena cucuk hidung no power

pan said...

Kalau tiap-tiap bulan buat pun bagus,cina akan takutttt..boleh juga buat pembakaran secara terbuka..UMNO boleh sponcer duit poket,NAIK baih free siap dapat baju lagi..masa ni la barang antik semua keluar..wau!..mai pekena kismis minda mamat mas land sure ketuanan melayu boleh maju jaya.......(balik mai dr.pbm...,esok tu pi kedai ah kau juga!!!hampeh..)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...