GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, September 06, 2015

Himpunan Maruah Melayu yang penakut!

   Sehingga kini, masih belum ada mana-mana pihak yang mahu mengaku sebagai penganjur perhimpunan yang bakal diadakan selama 12 jam bermula dari tengah hari pada 16 September nanti.

Menerusi laman media sosial yang belum dikenalpasti, orang  ramai diseru untuk menyertai “Himpunan Rakyat Bersatu’ atau ‘Himpunan Maruah Melayu’ dengan memakai t-shirt merah, menunjukkan solidariti terhadap pelbagai isu antaranya bantahan terhadap DAP dan Bersih 2.0.

Pun begitu, tujuan perhimpuan pun lebih berbau perkauman dengan tema 'Himpunan Maruah Melayu' walaupun negara selama ini diterajui oleh orang Melayu, dan masih ada Raja-raja Melayu. 

Apakah tujuan perhimpuan sekadar mahu menyeru Melayu Bersatu atau kita lebih mahu mengutamakan Rakyat Malaysia Bersatu?

Penganjur himpunan 16 September ini tidak seberani seperti penganjur himpunan Bersih 4.0  yang lalu.

Penganjuran Bersih 4 beretika

Penganjur Bersih 4, kita boleh tahu pengerusinya Maria Abdullah dan timbalan pengerusi Sarajun Huda, bendaharinya Masjaliza Hamzah, anggota jawatankuasa Farhana Halim dan Fadiah Nadwa, anggota sekretariat Mandeep Singh dan aktivis pelajar Adam Adli.

Antara lima tuntutan rasmi perhimpunan Bersih 4.0 adalah bersihkan pilihanraya, kerajaan bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi parlimen dan selamatkan ekonomi Malaysia.  Bersih 4.0 juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan derma sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang diterimanya.

Penganjur himpunan baju Merah 16 September adalah penakut

Penganjur himpunan baju Merah 16 September ini adalah kalangan mereka yang penakut. Tidak berani  tampil memperkenalkan siapa diri mereka sebenarnya.   

"Perhimpunan itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan Melayu berasaskan bukan kerajaan (NGO) dan Umno tidak mempunyai tangan di dalamnya." Kata menteri kabinet  Ismail Sabri.

Sungguh pelik dengan puak Umno nih! Tiada siapa pun tuduh, tapi awal-awal lagi sudah ada menteri yg terlalu cerdik buat penafian. Anda percayakah? Ha! Ha! Ha! 

Kemudian dia pula beri jaminan bahawa Umno akan berada di sana jika dijemput. (Macam pernah dengar ayat yang seakan-akan begitu bunyinya...)

"Saya akan menghantar ahli untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut sebagai (Bera) ketua bahagian!" 

Berkata pula Setiusaha Kerja parti, Abdul Rauf Yusof, "Umno tidak akan menghalang mana-mana anggotanya daripada mengambil bahagian dalam rancangan 16 September perhimpunan di Kuala Lumpur.

Himpunan 16 Sept bukan anjuran Najib

 Umno dilihat mahu menafikan perhimpunan 16 September itu tidak ada kaitan dengannya.Tapi kalau dilihat pada temanya " Himpunan Maruah Melayu" kita semua pasti sudah dapat mengagaknya.

Hanya Melayu Umno yang masih lagi menggunakan senjata perkauman sebagai tali untuk pengikat perpaduan Melayu. Ini seolah-olah senjata Umno untuk mahu Melayu bersatu dan senjata menyatu-padukan Melayu adalah dengan menghentam kaum lain khususnya Cina. Hinggakan Bersih 4.0 sudah dilabel oleh orang Melayu Umno sebagai perhimpunan Cina.

 Bukankah Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos pada mulanya berikrar untuk perhimpunan 30,000 orang untuk menghadapi perhimpunan Bersih 4, yang diadakan pada 29-30 Ogos lalu tapi membatalkannya selepas diarahkan berbuat demikian oleh pihak polis. Tetapi Jamal berjanji akan mengadakannya di lain masa.

 Sabtu lalu, Jamal telah  berjanji mengumpulkan sejuta peserta berbaju merah untuk berhimpun menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di hadapan Plaza Low Yat di Bukit Bintang pada 10 Oktober depan. Cer baca di sini .

Tapi nampaknya  tarikhnya kini dipercepatkan ke 16 Sept ...?? Tentu ada sebab tertentu disebaliknya. Saya belum dapat sebarang klu mengenainya.

  Rupa-rupanya mamat tukang bakar ikan inilah penganjurnya...Siapa kata Najib? Ha! Ha! Ha! Hanya mamat tukang bakar ikan kankan?!

PAS sudah dapat jemputan?

 Semua orang kampung patut tahu...Umno dan PAS mahu mengajak ummat Melayu berhimpun menunjukkan solidariti untuk membantah terhadap DAP dan himpunan Bersih 2.0. Bukan aku yang kata ....



"Perhimpunan itu sepatutnya diadakan oleh Umno dan ahli-ahli PAS sebagai tindakan solidariti terhadap Bersih 4 peserta yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang." - terjemahan ~ sumber

  Apakah kali ini kita akan melihat Unit Amal dalam perhimpunan itu nanti? Tentu tidak ada masalah, baju mereka memang berwarna merah....

Jangan lupa mari saksikan Nik Abduh dan Tantawi mengepalai himpunan itu nanti!
Comments
6 Comments

6 comments :

zainal abidin jamaluddin said...

Meminjam nukilan ex MB Trengganu

1) Malaysia mempunyai 9 Sultan dan raja dan mereka adalah Melayu.

2) PM & TPM, jawatan paling atas yang kuat memegang Malaysia adalah Melayu.

3) Sejak tahun 1974, Menteri Kewangan sentiasa Melayu.

4) Selain daripada Pulau Pinang, semua ketua menteri & MB Melayu.

5) Majoriti Menteri-menteri Persekutuan Melayu, dan Kementerian berpengaruh dan penting diketuai oleh orang Melayu.

6) Daripada 222 Ahli Parlimen, lebih daripada 50% adalah Melayu.

7) Lebih daripada 93% daripada gov't Depts, dari rendah ke jawatan tertinggi, berbangsa Melayu.

8) DEB telah dirancang dan dilaksanakan untuk orang Melayu.

9) 80% daripada kuota Uni dikhaskan untuk Melayu.

10) Diskaun istimewa untuk rumah dan saham beli adalah orang Melayu.

11) jawatan utama semua sektor dan cabang Angkatan Tentera dan Polis yang dipegang oleh orang Melayu.

12) GLC dikawal dan dikendalikan oleh orang Melayu.

Dia bertanya bagaimana boleh orang Melayu (yang sudah berada di dalam kawalan mutlak semua institusi penting dan tonggak kehidupan politik, ekonomi dan sosial) terancam, dan menghadapi bahaya yang menganiaya dan disingkirkan oleh kaum minoriti?

Sebenarnya pemimpin UMNO & kroni mereka yang - dengan ketamakan yang tidak berkesudahan mereka - terus membuli & berbohong kepada orang Melayu dengan menyalahkan orang Cina dan India, dan menjadikan mereka sebagai kambing hitam.

Ahmad Said menggesa orang Melayu untuk bangun dan melihat niat jahat Warlords UMNO.

Malaysiabaru said...

Dulu kata melayu tak sokong

Tapi Kedah perak Selangor menang juga..

Ini kali Johor pun tumbang

Anonymous said...

aku ingin sgt melihat pas dan umno berganding bahu demi 'menyelamatkan maruah' melayu. tunggu apa lagi penyokong pas, ayoh kita. tp jgn pijak atau kencing gambar pemimpin pr 2.0, nanti kami report polis.

Anonymous said...

nampak gaya mat said ni lebih faham kemelut yg kita hadapi drpd hj hadi atau hj harun din

Anonymous said...

Cina yang tak mahu masuk polis dan askar, biol hingga diturunkan kelayakan masuk polis pun tak mahu, cina mana nak berkorban tahu nak untung dan keletong. Kalau tak menipu tak sah cinanya

Anonymous said...

Sokonh lah pati baru PAN kawan DAP, PANDAP@ PANTAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...