GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, September 09, 2015

Hj Hadi kata Perhimpunan Baju Merah itu penyatuan Islam??

 PAS tidak menolak kemungkinan untuk menyertai perhimpunan "baju merah" selepas menilai matlamat dan tujuan penganjuran perhimpunan tersebut untuk menyatukan Melayu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan, yang kedua, orang Melayu perlu mengambil kira kaum lain, jangan abaikan kaum lain. Baca seterusnya di sini

 Merepek apalah kali ini. Kenyataan Hj  Hadi diatas itu sangat bertelagah dengan tujuan sebenar perhimpunan baju merah. Hj Hadi hanya hendak menjustifasikan tindakannya untuk berhimpun bersama gerombolan Melayu yang bertujuan menyatakan bantahan terhadap BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu. 

 Selain penganjurnya sendiri tidak berani menampilkan dirinya, slogannya "Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku" berbau perkauman dan merbahaya.

 Selain itu perhimpunan tertumpu dipusat perniagaan kaum Cina iaitu di Bukit Bintang dan Petaling Street kerana kononnya sebagai membalas dendam himpunan Bersih yg telah menyebabkan kerugian kepada ramai perniaga-peniaga Melayu di sekitar Bandaraya minggu lalu??

 Sebelum ini Hj Hadi berkata:
 " Isu-isu berbangkit yang menjadi pertikaian seharusnya diselesaikan mengikut cara yang dianjurkan Islam. 
 “Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab),” kata Hadi ketika berucap di Perhimpunan Pihak 4 di sini  
  Pihak Polis telah tidak membenarkan perhimpunan tersebut atas implikasi keselamatan. Tapi Hj Hadi mahu langgar larangan polis...

Kesian....Hj Hadi sendiri pula diperbodohkan oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos kononnya untuk mengembalikan maruah Melayu... Hahahaha! 

 Adakah Hj Hadi dak berdemo sebab orang pijak gambar dia? 

 Bahawa pertimbangan Hj Hadi sudah Islamik dan sudah tidak ada bezanya dengan gerombolan Melayu yang sebelum ini menunjukan aksi ganas di hadapan Sogo untuk menakut-nakutkan peserta Bersih 4 yg lalu.

Apa sebenarnya motif poster perhimpunan tersebut yg memaparkan aksi orang menyerang dengan parang? Perhimpunan amankah itu namanya? 

Haji Hadi dah tengok belum poster perhimpunan tersebut? Berikut saya paparkan khas untuk Hj Hadi dan wala'un nya:


Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

HADI SUDAH JADI BAHALOL AKIBAT EGO TINGGI OTAK TAK SEBANYAK MANA.

BALIK KE LAUT ELOK LAH DARI MEMUDHARATKAN RAMAI DI DARAT.

HADI..... HADI....

MAKIN TUA MAKIN JAUH PERGI NYA MACAM NAK KE SULAWESI TEMPAT SI BUGIS PULAK!

Anonymous said...

guru tok dimaklumkan bahawa perhimpunan baju merah terdiri dari unit amal

Anonymous said...

Apa ni sedangkan lambang bendera Arab pun saya tak suka,sebab ada lambang pedang apa lagi yang ini nak berperang ke.Harap pehak keselamatan ambil tindakan.

tanya sama itu hud hud said...

Bab keluarkan pendapat sesat yg mengharamkan yg halal dan menghalalkan yg haram,hadi awang la.jaguhnya..

bakat said...

Himpuman? Eja bahasa melayu pon salah nak bela melayu... puih..

Alhusseyn Alhusseyn said...

bakat, hampir 10 kali perkataan himpunan/perhimpunan tercatat dlam artikel itu.Satu yang berkaitan tajuk berlaku typing error : Perhimpuan dan bukan sebagaimana kamu dakwa Himpuman?? Hahaha! Allah nak tunjuk bahawa kita ni manusia biasa, melakukan kesilapan adalah lumrah...Bukan perkara yg besar pundan pembaca pun boleh faham maksud sebenarnya.Apa masalah kamu sebenarnya nak mengaitkan kesilapan yg sekecil itu dgn 'bnak bela melayu'?

Anonymous said...

hadi ni marah sgt dgn dap sebab putus hubungan dgn dia, bukan putus hubungan dgn pas. skrg misi dia balas dendam, hilang segala pertimbangan. adakah Rasulullah saw bertindak berasaskan dendam? tok guru kita ni bergurukan siapa? umno, mungkin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...