GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, September 09, 2015

Islam milik bersama bukan hanya milik Pas sahaja

Berikut adalah ambilan dari ULASAN GB. Saya rasakan amat menarik untuk dikongsikan bersama :

    Sudah banyak pihak yang menentang Baiah Talak 3 yang dikenakan oleh PAS kepada ahlinya yang dipilih menjadi calon pilihan raya. 

 GB tertarik dengan satu pandangan bahawa jika PAS ingin meneruskan untuk memaksa baiah talak tersebut dilaksanakan, maka ia perlu dimasukkan di dalam Perlembagaan PAS bahawa bukan saja kepada wakil rakyatnya, malah juga kepada semua mereka yang ingin menyertai PAS. 

 Ada berani? 

 Kedua, GB tertarik juga kenyataan Dr. Rozaime Ramle di sini yang menyatakan bahawa:

 "Islam milik bersama bukan hanya milik Pas sahaja. Saya nak pecahkan KHURAFAT, bukan hanya Pas yang faham Islam. Orang lain pun ada yang faham Islam. Apabila tidak bersama bukan bermakna dia menentang. Ada benda yang kita boleh duduk sekali. Berkawanlah dengan orang-orang yang membuat kerja dakwah". 

 "JANGAN MENDABIK DADA hanya kita seorang yang buat kerja dakwah. Setiap orang berjuang di bidang masing-masing.." 

 Sebelumnya beliau menyatakan bahawa "Bai'ah (Sumpah) boleh dirungkai dengan membayar kafarah" dan terdapat beberapa ulama seperti Ibnu Taimiyyah dan Said Hawa menyatakan demikian. 

 Mengenai penubuhan Parti Amanah Negara, satu status dari Ust. Saiful Islam atau nama sebenarnya Haszrizal Abdul Jamil amat menarik perhatian:


 Alhamdulillah, penubuhan Parti Amanah Negara nampaknya telah berjaya menjadi jambatan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang besar di negara ini seperti ABIM, JIM, IRC dan lain-lain untuk meneruskan kerja-kerja Islam di dalam kerangka yang amanah, progresif dan peduli. 

 Ini bertepatan dengan hadith Nabi saw.

 "Sesungguhnya ummatku tidak akan bersatu dalam kesesatan" - riwayat Ibn Majah. 

 Sesungguhnya memang benar kata-kata Ust Saiful Islam, Islam itu menghimpun bukan mengusir. Jika ada jemaah yang mengusir, maka fahamlah kita bahawa ia bukan jemaah Islam yang sebenar. ~ Baca lagi di :  greenboc blogspot


Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Islam bukan untuk orang berbangsa melayu sahaja dan melayu juga bukan semuanya islam jika Presiden PAS dakwa semua melayu mituislam ini bermakna presiden PAS telah terkeluar dari fakta berbangsa sebab jika di diteliti dengan sirah dan sejarah umat islam sendiri kenapa Allah turunkan pesuruhNya Nabi Muhammad s.a.w kepada hanba Nya yang jahil diketika itu walhal islam telah ujud dizaman adam dan hawa telah diturunkan kebumi dari syurga Allah,diketika itu bangsa telah pun adacumanya sedikit tapi selepas nNabi Muhammad s.a.w. dilahirkan bangsa arab adalah berbuap-puak tapi mereka tetap berbangsa arab,apakah presiden PAS buta sejarah dan sirah kah usahlah adu dombakan benda yang telah tidak releven dengan keadaan kucar kacir dalam pimpinan tuan presiden sendiri mengaku saja yang presiden adalah seorang yang lemah dalam kepimpinan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...