JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, September 23, 2015

Jamal jangan kebudak-budakan, kata penjaja

Sebuah persatuan penjaja menyelar Datuk Jamal Md Yunos yang menjadikan dirinya bahan ketawa dan berkelakuan kebudak-budakan, selepas pemimpin 'perhimpunan baju merah' itu menuntut Jalan Petaling dibuka kepada peniaga Melayu. 

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee akhirnya bersuara semalam, beberapa hari selepas 'perhimpunan baju merah' dianjurkan 16 September lalu, memberitahu Jamal yang orang Melayu turut mentertawakannya. 


 "Apa yang akan orang fikirkan? Anda tidak boleh hanya sekadar mengatakan yang anda mahu, dan kami serahkan kepada anda. Orang Melayu juga mentertawakan cadangan beliau.

 "Dia berlagak seperti kanak-kanak, mahukan sesuatu dari ibunya selepas diberitahu tidak," Ang memberitahu The Malaysian Insider.

 Beliau juga berkata Jamal tidak dapat membuat kenyataan semborono tentang "imuniti" yang dikatakan dinikmati oleh peniaga-peniaga di tempat pelancongan yang popular dikenali sebagai Chinatown itu, menuduh mereka menerima nikmat daripada pihak berkuasa walaupun menjalankan perniagaan haram.

 Ang berkata, pihak berkuasa menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan itu dari  masa ke semasa, terbaru minggu lepas.

 "Kami tidak boleh membiarkan penjualan produk palsu, dan jika peniaga berkeras untuk melakukan ini dan ditangkap, mereka akan perlu berurusan dengan pihak berkuasa sendiri."

 Perhimpunan minggu lepas kecoh apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh benteng di Petaling Street, memaksa polis menggunakan meriam air untuk mengawal keadaan.

 Chinatown sebelum ini telah diisytiharkan kawasan larangan oleh pihak berkuasa, dan banyak perniagaan telah ditutup hari itu kerana takut kejadian tidak diingini.

 Jamal berkata, peserta himpunan kecewa atas "imuniti" yang peniaga Petaling Street nikmati, dengan tiada tindakan diambil terhadap mereka yang menjalankan perniagaan haram. Beliau juga menuduh mereka menjual produk palsu dan video lucah. 

 Beliau juga telah mencadangkan supaya peniaga Melayu dibenarkan beroperasi di Petaling Street dan bukan dijadikan kawasan itu dimonopoli oleh orang Cina. 

 Jamal berkata, dia cuba untuk memohon tempat di kawasan itu 10 tahun lalu tetapi ditolak.

 Dalam mempertikaikan dakwaan ketua Umno bahagian Sungai Besar itu, bahawa perniagaan di Petaling Street telah dimonopoli oleh orang Cina, Ang berkata terdapat peniaga Melayu dan India di sana, kebanyakannya berjalan gerai-gerai makanan dan minuman serta menjual surat khabar.

 Beliau berkata sesiapa yang ingin membuka perniagaan di regangan popular di pusat bandar Kuala Lumpur  itu perlu  mengemukakan permohonan kepada Datuk Bandar tetapi tidak ada jaminan bahawa permohonan itu akan diluluskan kerana kesemua 700 gerai telah diambil.

 "Anda juga perlu mengambil kira bahawa terlalu banyak perniagaan baru di kawasan itu akan memberi kesan kepada mata pencarian peniaga sedia ada yang telah berada di sana selama bertahun-tahun." - September 23, 2015.   - See more at: sumber 

Komen al-Husseyn:

Sikap orang Melayu ni memang tidak dapat dipisahkan dari hasad dengki walaupun sesama bangsa sendiri.

Bila perniagaan sendiri tidak maju, mereka salahkan orang lain.Bila tengok perniagaan Cina lebih maju, mereka salahkan Cina sebab jual barang lebih murah dari mereka. Lalu dituduhnya  barangan Cina tu tiruan, Cina penipu...bagai-bagailah.. Melayu tak tipu ker?

Selepas berlaku insiden pergaduhan yang digembar-gembur kononnya pergaduhan kaum di Internet, orang Melayu pun berkempen memulaukan Low Yat.Sampai bila nak boikot?? Adakah Low Yat tu dah tutup sebab Melayu boikot?

Kemudian Menteri Umno Ismail Sabri Yaakob pula mengumumkan cadangan menubuhkan pusat jualan barangan elektronik Low Yat 2 khusus bagi peniaga Melayu. Dicadangkan dibuka di Bangunan MARA, Jalan Raja Laut, di ibu negara.

 "Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.

Itulah cakap-cakap pak menteri.Lebih laju bercakap dari bertindak. Apa perkembangannya sekarang??

 Apakah Melayu juga akan memboikot Petaling Street ? Dan Menteri Umno akan cadangkan Petaling Street 2?

Tempat peniaga2-peniaga Melayu berniaga seperti Danau Kota, Jalan TAR, Masjid India sudah sedia ada sebagai mengimbangi Petaling Street. 

Eloklah kalau Jamal memajukan lagi tempat-tempat perniagaan Melayu dengan menganjurkan konsert tarian Pungkok bersama kumpulan Ali Tinju....
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...