JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, September 23, 2015

Jemaah juri persekutuan AS siasat Najib, keluarga

PDRM dah tangkap pegawai-pegawai SPRM yang siasat 1MDB. PDRM dah tangkap bekas penasihat SPRM. SPRM dah tangkap pegawai pejabat peguam negara. PDRM dah tangkap orang yang buat laporan berkaitan 1MDB di luar negara.

Ramai yang dah kena tangkap tuh! Bagus! Bagus! Bravo Khalid!!

Tapi bila lagi PDRM nak soal-siasat Najib dan keluarganya? Tanya siapa Pak Arab yang baik hati sangat tu?? Abu Jahal atau Ahmad Albab?? Hahahaha!

Jemaah juri persekutuan di Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti dakwaan rasuah melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu yang dekat dengannya, lapor New York Times (NYT).

  Menurut akhbar itu, inkuiri menumpukan kepada harta tanah di AS yang dibeli dalam tahun-tahun terakhir oleh sebuah syarikat tidak aktif didakwa milik anak tirinya serta beberapa harta tanah dikaitkan dengan rakan rakan keluarganya.

 Inkuiri itu dilapor dibuat oleh sebuah unit dalam Jabatan Keadilan AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa.

NYT juga melaporkan para penyiasat juga meneliti bayaran AS$681 yang dibuat daripada bank berpangkalan di AS, yang dipercayai dimasukkan ke akaun peribadi Najib di Malaysia.

 NYT sebelum itu melaporkan, lebih daripada AS$150 juta harta tanah kediaman mewah dikaitkan dengan anak tiri Najib, Riza Aziz dan seorang ahli perniagaan Jho Low.

 Dua kediaman mewah dalam siasatan itu didakwa dimiliki oleh syarikat tidak aktif yang mempunyai kaitan dengan keluarga Low sebelum dipindahkan ke syarikat tidak aktif yang dikaitkan dengan Riza.

 Satu daripada dua harta tanah itu juga dipindahkan tanpa diisytiharkan, dakwa NYT.

 Jurucakap Low mempertahankan keputusan pemindahan itu, dengan berkata jualan harta tanah kepada Riza dibuat dengan harga pasaran yang setimpal.

 Jabatan Perdana Menteri tidak mengulas berhubung inkuiri baru itu. Sementara jurucakap Jabatan Keadilan AS enggan mengulasnya ketika dihubungi NYT.

 Wakil Riza dan Low menjawab perniagaan mereka mengikut peraturan.

 Siasatan itu dikatakan baru bermula dan akan memakan masa bertahun-tahun untuk menentukan sama ada undang-undang AS telah dilanggar.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Najib kena dakwa di Amerika dan khir toyo pula nak beri perkhidmatan doktor pergigian percuma pada masyarakat sebagai ganti hukuman penjara 12 bulan undang-undang negara ku sudah jadi tungang langang PM didakwa oleh negara kafir mantan MB selangor pula merayu ikhsan mahkamah melalui peguam terhandal UMNO ,seorang terkenal dengan kebijakan mendapatkan derma diluar jangkaun jumlah pemungut derma dan seorang pula terkenal kerana bijak menipu pentadbiran negeri selangor hingga harga tanah pun dibutakan nilai sebenar yang patut dibayar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...