GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, September 13, 2015

Kalau PAS amalkan Risalah Rukun Bai'ah .....

Adakah Presiden AMANAH sengaja nak suruh Presiden PAS menyalak ke apa?

Mat Sabu kata, lebih 100,000 orang termasuk anggota PAS akan menyertai parti itu menjelang hujung tahun ini.  Baca lagi di sini

Sebelum pengumuman ini pun PAS sudah cukup menggelabah kerana sambutan ramai terhadap parti baru ini.

Lantaran itu, PAS telah membuat hebahan yang kononnya PAS semakin mendapat sambutan. Beribu-ribu ahli baru diterima masuk menjadikan PAS semakin kuat, kata presidennya.

Namun, sejak parti baru AMANAH (parti Pekerja) resmi diwujudkan pada 31 Ogos lalu, berbondong-bondong ahli PAS mengisytiharkan diri keluar parti PAS dan masuk parti baru.


  Walaupun PAS telah mengambil langkah awal untuk membendung ahlinya dari lari dengan melakukan Kempen Perbaharui Bai'ah Ahli sejak awal Ogos yang lalu, PAS ternyata gagal dalam usahanya itu kerana semakin ramai yang keluar untuk menyertai AMANAH sebagaimana yang presiden Amanah umumkan.

Saya agak berasa musykil dengan Kempen Perbaharui Baiah PAS ni yang menggunakan buku Asy-Syahid Hasan Al-Banna - Risalah Rukun Bai'ah.


Kalau mereka benar-benar ikuti prinsip yang ke-20 asy-Syahid, kenapa puak-puak wala'un ni celupar sangat mentakfir dan melabel orang lain?

Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun baiah dengan berkata: 

"Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya". 

1. Faham.            6. Taat
2. Ikhlas.             7. Tetap pendirian
3. Amal.              8. Tegas
4. Jihad.              9. Persaudaraan
5. Berkorban.      10. Percaya

 Kemudian asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna mentafsirkan rukun-rukun di atas itu satu persatu. Dalam rukun pertama, 'Faham' asy-Syahid telah mengupas secara ringkas melalui dua puluh usul (prinsip) yang ditetapkan. Prinsip yang ke -20 Beliau menyatakan: 
 1.20- Janganlah saudara mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadat dan beramal dengan tuntutan-tuntutannya serta menunaikan perkara-perkara yang diwajibkan sama ada kerana ia berpegang kepada pendapat tertentu atau melakukan maksiat - kecuali ia sendiri berikrar dengan mengakui kekufuran atau melakukan sesuatu perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan lagi kecuali dengan makna kufur.
 Rukun ke 9. Persaudaraan (Ukwah) sebegitu luas diperbincangkan, tidak mungkin wala'un sanggup melabel gelaran yang buruk-buruk saperti babi, anjing, barua ....

    Yang demikian itulah rukun 'Faham' as-Syahid meletakkannya sebagai rukun pertama supaya kita ambil peduli, bahawa setakad hafalan dan berilmu, adalah tidak memadai kalau ianya tidak difahami.

Apa yang saya tahu, PAS sudah lama meninggalkan  Risalah Rukun Bai'ah dalam modul pentarbiyahan mereka.Tidak sebagaimana kami diawal 80-an dahulu...
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Biasala PAS. Dengan Al Quran dan Hadith pun depa pilih yg mana depa suka. Sekrg ni bg nmpk depa ni ikut Ikhwan konon. Dlm tarbiah depa depa guna buku petunjuk sepnjg jln oleh sayyid qutb. Mungkin sbb s qutb kata sape nak tubuh negara islam melalui politik mrk sedang berangan.

Anonymous said...

Tok guru kata anjing
Ahli kata Takbirrrrr

Tok guru kata babi
Ahli kata Takbirrrrrr

Tok guru kata jibon
Takbirrrrrr

Tok guru kata barua
Takbirrrrrr

Malaysiabaru said...

Hebat ahdi

Peribahasa anjing menyalak di bukit

Hadi pengarah DBP baru kata anjing menyalak kpd babi dalam bukit

Bukit tu adalah amanah

Babi blkg bukit adalah dap

Hidup melayu islam

Anonymous said...

ucapan yang menikam diri
kita menyalak= anjing saja menyalak

babi siapa babi?, dap ,pas, umno, ghb

tak payah sindir please direct to the po in

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...