JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, September 07, 2015

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN 7hb SEPTEMBER 2015

Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.

 Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.

Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.

 Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.

 Kekeliruan yang timbul akibat laporan media seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.

 Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami. 

HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Bacaan aku sejujurnya statement balas Mat Sabu lebih kepada spin dan propa. Kalau nak terima atau tolak hudud tolongla act like a boss. Dosa ke apa ke akhirnya yang menilai adalah tuhan. Kau dimasukkan ke syurga atau neraka pun atas kehendak Allah bukan manusia, so nak takut pasal apa kalau AMANAH declare tolak hudud? Apatah lagi isu hudud juga punca pertikaian dan perpecahan dalaman PAS sehingga melahirkan AMANAH kan?

PKR dan DAP memang dah declare tolak hudud. PKR kerana menyakini mereka tiada kemampuan dan kelayakan tersebut which is very true. Parti baling kerusi tue soal pemilihan pun kelam kabut nak sembang apa pasal hudud.

Selama mana DAP dan PKR declare tolak hudud, dorang tetap hidup macam biasa. At least tak perlu susah payah menjadi hipokrit atau bertaqiyyah sana sini. Buat seksa minda dan rosak jiwa saja. Dan PSM yang selama neh langsung tak pernah sembang atau ulas bab hudud atau peragamaan juga semakin banyak menerima kemasukkan ahli2 melayu muslim dari hari ke hari.

Ini bukti, be urself adalah nilai utama kepada mendapat sokongan umum. Mat Sabu usah pura2. PR memang takmao hudud dan elokla AMANAH mengaku aje terus terang. Jangan perguna isu hudud untuk kekang persepsi. Biar jelas pendirian kita di mata orang. Jika tidak tindak tanduk kita di kemudian hari akan semakin kucar kacir tahu. Nak counter tipu A kena cipta strategi tipu B nak counter tipu B kena pula karang ayat untuk tipu C.

Tak penat ke hidup kau macam neh Mat Sabu?

Kalau aku, aku penat dan malas. AMANAH apanya kalau bab pendirian sendiri pun tak AMANAH pada orang. Mengarut saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...