GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, September 19, 2015

Khairuddin ditahan petang Jumaat

 Berikutan aduan beserta bukti yang diserahkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 18 Ogos lalu kepada Pejabat Peguam Negara (Switzerland), tanpa melengah-lengahkan masa seperti rakan sejawatnya di Malaysia, ia telah pun membuka kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap dua eksekutif 1MDB termasuk seorang individu tidak dikenali - pada 21 Ogos lalu! Hanya selepas tiga hari sahaja aduan dibuat!

Pihak Pendakwa Raya Switzerland pada Selasa berkata, Malaysia telah bersetuju untuk membantu mengaturkan sesi temubual dengan saksi-saksi dalam siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

 Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Mohamed Apandi Ali, yang berada di Zurich untuk membincangkan mengenai 'kerjasama dua belah pehakdalam kes 1MDB, menurut satu kenyataan dari pejabatnya .

Adakah 'kerjasama' yang dimaksudkan itu dengan  melarang sipengadu dan peguamnya daripada meninggalkan negara ini?

Dan setelah pihak polis menyuruhnya hadir untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi, secara mengejut pada petang Jumaat kelmarin beliau telah ditahan di rumahnya di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan!

Menurut isterinya, polis turut merampas beberapa barang peribadi milik nya termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka. Baca seterusnya di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...