JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, September 20, 2015

Kisah Dua Pak Mertua.....

Dr. Harun Din Timbalan Mursyidul Am PAS (selepas ini disebut Harun Din) pernah menjadi jurucakap kepada sebuah syarikat besar untuk melobi projek.

 Harun Din juga telah berjumpa dengan YB Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai sekitar tahun 2009 untuk meminta YB Nurul Izzah supaya tidak membantah projek Pantai Sentral Park di Bukit Kerinchi yang dimajukan oleh sebuah syarikat.

 Menantu Harun Din bersama dengan Tan Seri Khalid Ibrahim telah berjumpa dengan TPM Muhyiddin Yassin, apa kepentingan Harun Din dengan syarikat berkenaan dan apa pulak kaitannya dengan TPM Muhyiddin Yassin?.

 Sebab itulah Harun Din sentiasa rapat dengan pimpinan umno, semuanya kerana hendak memastikan anak menantu tidak terputus rezki.

 Itu Harun Din dan menantunya dan di bawah ini pulak Haji Hadi dan menantunya;

 Menantu Haji Hadi; Zaharuddin Muhamad atau dikenali dengan nama DIN AYAM BERLAGA dapat Esos 500 ribu unit.

 Semak harga saham kumpulan Perangsang ini (GLC Perangsang) RM1.80 seunit manakala Esos ini berharga RM1.00 seunit, maknanya Din Ayam Berlaga buat keuntungan atas angin (500 ribu unit x RM0.80 seunit bersamaan RM400,000.00 (empat ratus ribu) itu untuk setahun macam mana tahun2 yang kehadapan?.

 Sebab itulah bapak mertua Din Ayam Berlaga yang bernama Haji Hadi bermati-matian mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, kerana Khalid Ibrahim yang meluluskan dana untuk GLC Perangsang.

 Haji Hadi sanggup hendak membentuk kerajaan dengan umno di Selangor dan keluarkan fatwa untuk curi dua atau tiga adun PKR bersama-sama dengan Azmin Ali demi kerana `RM’ bukan kerana Islam.

 Sebab itulah pagi 25 Ogos Haji Hadi dalam mesyuarat PAS Pusat buat keputusan serah kepada sultan dan petang 25 Ogos itu juga Najib Tun Razak telah mengadap sultan Selangor, petang 26 Ogos Khalid Ibrahim dapat arahan supaya tangguh letak jawatan dan diminta maklumkan supaya PAS,PKR dan DAP hantar lebih dari dua nama sebagai calon MB (Dr.M kata zamannya dan sehingga sekarang BN hanya hantar satu nama sahaja untuk calon PM dan MB).

 Sebelum itu semua; Harun Din, Nasaruddin Mat Isa bersama dengan Jamil Khir telah berjumpa dengan Najib Tun Razak, apa yang dibincangkan? Fikir-fikirkanlah sendiri!!!!.

 Untuk halalkan semua itu maka Haji Hadi buat kenyataan bahawa dia ada kuasa sebagai presiden untuk membuat keputusan dengan memijak keputusan mesyuarat JK PAS Pusat bertarikh 17 Ogos 2014 walau pun semua cadangan dalam mesyuarat 17 Ogos itu datangnya daripada Haji Hadi.

 Harun Din dan Haji Hadi ketepikan kepentingan PAS dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat demi kerana anak menantu, tetapi bila mereka mengajar atau bersyarah mereka ajak orang ramai khususnya ahli-ahli PAS supaya hidup sederhana, zuhud, jangan kejar dunia, lawan umno/BN, tetapi dibelakang merekalah yang paling intim dengan pimpinan umno dan merekalah yang paling kemaruk untuk memenuhi keinginan menantu.

 Sekian salam hormat dari JIWAHALUS  ~ sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Baru aku tau cerita ini. Klu dtakdirkn TGNA ada lg, mmg sah kna tibai. Ptutla lps TGNA mninggal dunia, kemaruk diorng ni lebih dahsyat dr pkr.
Hj Hadi, Hj Hadi, smpi hati mu buat kami mcm ni.

Anonymous said...

setidak2nya sertakan bukti mcm rafizi buat. alahai...

ombak.biru said...

Ohhh ini.rupanya. kita orang orang dibawah tidak.tahu....ada udang disenalik.batu.. Azmin, Hj Hadi, TKSI, Haron Din.....huh semua ada kepentingan rupanya..

Anonymous said...

Boleh tak Minta YB Nurul Izzah buat pengesahan, baru kuat sikit n3 diatas. Kalau tak orang kata fitnah.

Anonymous said...

kuciwa ...sebar fitnah kerna byk percobaan tlh gagal dan melepas jawatan .Kesian, teruskan nawaitu spy niat ikhlas nak kan putrajaya berjaya.

Anonymous said...

Masalahnya pengikut bawahan pas anggap ini srmua fitnah. Apa yang haron dan haji hadi kencing dia orang takbir saja. Aku kesian juga tengok sebab aku pun dulu macam tu.

mujadid said...

Mungkinkah kemelut politik Pakatan Rakyat dan Pas yg berpecah ini adalah disebabkan oleh dua pemimpin Pas ini yang telah meletakkan keluarga mereka sebagai agenda utama
Mungkin kedua2 merka termakan dengan hasutan Umno mengenai DAP dan sdg melaksanakan tugas utk Umno tanpa disedari oleh ahli2.
Selagi Umno memerintah mereka akan mendpt habuan.
Kesihan ahli2 Pas yg tidak tahu game plan pemimpin mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...