GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, September 19, 2015

Maruah Melayu jatuh bukan sebab Cina tetapi sebab pelbagai skandal Najib!

Walaupun ramai yang menentang dan mencemuh Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu, tetapi PM Najib Razak tetap memuji dan memberikan kata-kata bersemangat kepada penaja perhimpunan tersebut.

Najib kata, Himpunan ‘baju merah’ baik, tidak seperti Bersih 4! Tidak habis setakad memuji sahaja malah Najib turut meraikan penaja perhimpunan tersebut yang diadakan di Dataran Merdeka malam kelmarin di sini

 Tidak hairanlah Najib bersikap demikian, kerana ada kalangan yang mendakwa perhimpunan tersebut sebenarnya adalah untuk selamatkan Najib.

  Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos menyangkal dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan cek berjumlah RM3 juta bagi penganjuran "Himpunan Rakyat Bersatu".

Tentulah nampak bodoh sangat kalau dia mengakuinya kan? kan?

 Najib kata, mesej Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu agar maruah orang Melayu jangan sekali dicarik-carik, kerana orang Melayu mempunyai perasaan dan had serta belum lagi bangkit mengamuk.

 Hoi Najib! Siapa yang mencarik-carik maruah orang Melayu kalau bukan Najib sendiri dengan pelbagai skandal, termasuk terkini hal 'derma RM2.6 billion', melibatkan Najib selaku pengerusi Lembaga Penasihat syarikat 1Malaysian Development Berhad atau 1MDB.

 "Sekali ditampar kita tak buat apa. Begitu juga dua, tiga kali ditampar. Kali keempat ditampar, orang Melayu ada hak untuk bangun apabila maruah mereka dipijak, pemimpin dihina, dikutuk dan dipermainkan.

 Orang yang tampar Imam Masjid Negara tu sebenar tersilap orang yang ditamparnya! Sepatutnya dia gi tampar Najib!
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Baik diaorang merah nih. Masa beli no ekor tertib aje beratur. Tak berebut2 pom.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...