GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, September 21, 2015

Masjid tertua Bandaraya Ipoh menerima kunjungan Ust Ahmad Awang

Malam kelmarin bertempat di Mesjid tertua Bandaraya Ipoh, Masjid Panglima Kinta telah berlangsung majlis kuliah maghrib oleh alFadhil Ust Ahmad Awang. 

Ini adalah merupakan siri pertama kuliah beliau di Bandaraya Ipoh. Menurut setiausaha masjid, ustaz akan terus mengadakan kuliah di masjid tersebut sebulan sekali atas permintaan kariah masjid berkenaan.

Majlis kuliah alfadhil Ustaz Ahmad Awang memang telah lama dinanti-nantikan oleh mereka selama ini. 

Kuliah malam itu agak terlewat dimulakan kerana rombongan ustaz dari Taiping itu telah terperangkap dalam kesibukan 'jem' di highway Utara-Selatan akibat kemalangan jalanraya. Para qaiah tetap menunggu dengan sabar sehingga kemunculan mereka.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...