GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, September 20, 2015

Najib pula akan ditangkap.....


Nampaknya jet mewah peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jenis ACJ320 yang harganya hampir setengah billion Ringgit Malaysia eloklah dilelong sebab sudah tidak ada gunanya lagi....

Negara boleh berjimat beratus-ratus juta setiap tahun jika merujuk kepada kenyataan Jabatan Perdana Menteri kepada Parlimen pada November 2013, kerajaan telah pun memiliki lima jet peribadi termasuk jet Boeing Business menjadikan jumlah keseluruhan jet peribadi yang ada setakat ini adalah tujuh buah, semuanya bagi kegunaan pemimpin tertinggi negara dan juga menteri. 

“Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk penyelengaraan,” jelas Rafizi di sini

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib berkemungkinan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram.

 Katanya, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika contohnya, mendapati Najib bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka berhak menyaman beliau atau meminta Interpol menangkapnya sekiranya perdana menteri pergi ke luar negara.

 "Jadi, dia kena duduk sini (dalam negara), tak boleh keluar. Macamana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga.

 "Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang," kata negarawan itu dalam satu video yang dimuatnaik blog "Din Turtle". Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...