JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, September 22, 2015

Pakatan Harapan’ nama baru gabungan pembangkang, Anwar calon PM

Patutlah Hj Hadi tak mahu datang Meja Bulat....Rupanya dia dah jangka Pakatan baru ini akan pilih Anwar dan bukan dirinya untuk jadi PM....

Gabungan pembangkang baharu terdiri daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara (Amanah) dikenali sebagai 'Pakatan Harapan', kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 Gabungan itu juga menyaksikan parti Islam PAS tidak menyertainya, selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 berpecah.

YB Mahfuz turut hadir sebagai pemerhati kehormat,
bukan sebagai wakil PAS. Salute utk Mahfuz!
- gambar sumber wassap!
 "Mulai hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sebagai pakatan politik yang jitu membela rakyat berhadapan Umno dan BN," kata Dr Wan Azizah selepas sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya, Selangor hari ini.
 Pada sidang media sama, Dr Wan Azizah turut mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya dipenjara atas sebab politik, merupakan calon perdana menteri sekiranya gabungan ini menang pilihan raya umum akan datang.

 "Perkara pertama yang diumumkan adalah saudara Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang," katanya. – 22 September, 2015 ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...