GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, September 07, 2015

PAS hanya mahu jadikan DHPP sebagai kambing korban mereka

Terbukti bahawa Hj Hadi semakin mengarut kebelakangan ini. Kalau ada wala'un yang nak marah sebab saya kata gitu, marahlah. Tidak ada orang yang waras pemikiran dan perkiraannya akan berkata seperti apa yang diucapkan : 
 Pas mahu meletakkan calonnya untuk bertanding kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini pada PRU14.
 Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya kini sedang meneliti mengenai rancangan tersebut, termasuk pemilihan calon yang difikirkan sesuai bertanding di kerusi berkenaan. Baca lagi di sin.
 Nampaknya kini Hj Hadi meletakan DAP sebagai musuh utamanya.Bukan lagi Umno sebagaimna lazimnya. Inilah perubahan ketara perjuangan PAS. 

 Sememangnya PAS sudah banyak berubah sejak pemergian almarhum Tuan Guru Nik Aziz.Almarhum adalah satu-satunya tokoh yang sangat kuat menentang Hj Hadi yang kemaruk sangat mahu bersama Umno.

 TGNA menolak cadangan kerajaan campuran dengan BN Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar 2008 di Ipoh.
Nik Abdul Aziz berkata jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti. 
 "Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAS) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu," katanya di sini
 Kalau benar-benar Hj Hadi ingin mencabar DAP sebagaimana katanya itu, beranikah Hj Hadi sendiri bertanding melawan mana-mana tokoh DAP dimana-mana?

Apakah Hj Hadi hanya berani mengupah mereka yang bukan ahli PAS sepenuhnya untuk memcabar DAP?

Hj Hadi hanya berani berkokok dalam rebannya sendiri. Beliau tidak berani bertanding selain di Dun Marang sahaja.Berikut merupakan kerusi dun dan parlimen yang beliau pernah tandingi: 

1978 : Dun Marang (kalah)
1982 : Dun Marang (menang) Parlimen Dungun (kalah)
1986 : Dun Rhu Rendang (nama baru Dun Marang - menang) 
           Parlimen Marang (kalah)
1990 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang)
1995 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang)
1999 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang)
2004 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (kalah)
2008 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang)
2013 : Dun Rhu Rendang (menang) Parlimen Marang (menang) ~sumber 

 Jauh berbeza kalau mahu dibandingkan dengan DAP Lim Kit Siang. Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) sejak tahun 1969, dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau pernah bertanding di beberapa kerusi parlimen dan juga pernah tewas beberapa kali dalam pilihan raya. Berikut merupakan kerusi parlimen yang beliau pernah memenangi: 

Bandar Melaka (1969–1974) 
Kota Melaka (1974–1978) 
Petaling Jaya, Selangor (1978–1982) 
Kota Melaka (1982–1986) 
Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999) 
Ipoh Timur, Perak (2004–2013) 
Gelang Patah, Johor (sejak 2013)  ~ sumber

 Saya mencabar PAS supaya meletakan calon ahli penuh mereka sendiri untuk mencabar kedudukan DAP kalau benar mereka berani untuk hilang wang deposit!

 Jangan jadikan DHPP sebagai kambing korban PAS dalam PRU-14 nanti. 
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

JANGAN BIMBANG MEMANDANGKAN DAP SUDAH TIADA, TOK GURU AKAN BERTANDING DI BUKIT BINTANG.

Anonymous said...

perenggan 10 terakhir ibarat jari2 di papan kkunci yang dipandu nafsu, akal dan syaitan. manusia makin tua makin jelas fikrah ini terbalik. sblm mati eloklah berfikir. selagi pemimpin mengikut alQuran Sunnah ikutlah mereka. pengikut mana yg x disuruh wala pd pemimpin? sy kenal mat sbu ni secra pribadi.sllu elak bila bincang hal syiah. jom balik alhusseinn sebelum allah jemput alhussein balik

Anonymous said...

org lain semua salah, hang dan hj hadi sj betul. mcm tt kata, hang online dgn tuhan ka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...