JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, September 02, 2015

Pecat Ahli : Umno tidak hormati prinsip Rukunegara

Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak minggu lepas akhirnya dipecat daripada parti.

 Dalam surat pemecatan yang sedang viral di media sosial hari ini, beliau dipecat daripada parti mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa hal parti ke mahkamah.

 "Tiada komen setakat ini," kata Anina dalam respon segera selepas dihubungi The Malaysian Insider bagi mengesahkan mengenai surat pemecatan tersebut.

 Surat yang dihantar ke Bahagian Umno Langkawi itu ditandatangani setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

 The Malaysian Insider difahamkan, Anina akan memanggil satu sidang akhbar pada esok bagi menjelaskan mengenainya.

 Anina pada Jumaat lepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab atas kronologi peristiwa yang melibatkan aliran wang RM2.6 bilion yang berakhir dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu.

 Terdahulu, Anina pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi dalam sebuah video yang tersebar melepaskan kemarahannya terhadap Najib, menggunakan perkataan kesat, mendakwa perdana menteri itu berbohong dengan mengakui semua 3 juta ahli Umno menyokong beliau. – 1 September, 2015. ~ themalaysianinsider

 Apakah benar dakwaan sesetengah pihak setelah pemecatannya ini, saman tersebut akan terbatal kerana untuk menyaman sesebuah parti ia memerlukan locus standi sebagai pihak yang mempunyai kepentingan iaitu dalam konteks ini keperluannya ialah sebagai ahli parti.

Tindakan Umno memecat ahlinya yang cuba mencari keadilan melalui mahkamah dengan menggunakan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno seolah-olah parti itu tidak menghormati 2 dari 5 prinsip Rukunegara iaitu - Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Sepatutnya Umno membuktikan kepada kita semua bahawa negara ini sesungguh menghormati Keluhuran Perlembagaan berdasarkan kepada sistem demokrasi dimana rakyat berhak untuk bersuara.

Bahawa Malaysia mempunyai Kedaulatan Undang-undang yang mampu memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua lapisan rakyatnya.

Sayang sekali, Umno yang sepatutnya menjadi juara dalam mempertahankan prinsip Rukunegara ini, gagal membuktikannya. Umno lebih mementingkan perlembagaan parti yang menyekat ahlinya untuk mendapatkan keadilan.
Comments
2 Comments

2 comments :

Malaysiabaru said...

Kami mintak TOLONG

Kepada datuk paduka Ibrahim Ali untuk daftarkan PERKASA sebagai party politik

Kerana apabila kami di pecat bulan September nanti kami ada platform politik selain Umno

Anonymous said...

Anina ini berani kerana benar

Tak perlu risau.

Segar bugar ; paling tidak boleh jadi Isteri Datok Seri terus masok Istana.

Montok banget....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...