GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, September 22, 2015

Pintar atau Tolol jika hanya jadi tukang angguk?

 Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menyifatkan keputusan Hj Hadi berkait isu penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 sebagai tepat dan pintar.

 Beliau turut mendakwa keputusan itu adalah didukung oleh seluruh saf kepimpinan PAS masa kini. Baca lagi di sini

 Nasrudin mungkin masih mengigau bila mendakwa bahawa kononnya Pakatan Rakyat masih lagi wujud dengan dua komponen PAS dan PKR.

Waima PKR sendiri telah mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) secara rasmi tidak lagi wujud berikutan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, dan parti demokratik itu sendiri mengisytiharkan berakhirnya gabungan yang berusia 7 tahun itu.

 Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti utama dalam pakatan pembangkang itu kesal dengan tindakan kedua-dua parti sama ada PAS dan DAP yang menyatakan PR tidak boleh berfungsi lagi.

 “Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal," kata Dr Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang dalam satu kenyataan di sini.

Yang ada, menurut Rafizi Ramli ialah kerjasama.  

 "Sekarang Pakatan sudah mati, kami akan kembali kepada bagaimana keadaannya sebelum 1 April 2008. Ini bermakna kita bebas untuk bekerjasama (dengan mana-mana pihak lain).

 "Tetapi saya yakin mana-mana parti politik dengan matlamat yang sama akan terus bekerjasama tetapi kita tidak terikat dengan peraturan dan prinsip yang kita ada sebelum ini. Itulah perbezaan utama sekarang," kata Rafizi di sini.

PAS sepatutnya menghadiri dahulu perbincangan bersama Meja Bulat yang diadakan hari ini. Sebagai sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam, PAS seharusnya menjadikan konsep syura sebagai penting dalam jemaah sebagaimana wahyu Allah : Wa amruhum syura bainahum - dan urusan-urusan mereka itu diputuskan dengan syura di antara mereka. Tapi sayang, PAS telah menolak mentah-mentah untuk bersama Meja Bulat!

Apakah benar kenyataan Hj Hadi yang tidak mahu bersama PR 2.0 mendapat dukungan lain-lain pemimpin PAS? Memang tidak dapat dinafikan sebab semua dalam PAS itu hanyalah tukang angguk semuanya!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...