JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, September 30, 2015

Polis hanya menjaga kepentingan Umno, bukan kepentingan rakyat...

Jamal ikan bako kini telah beraleh profession dari membakar ikan kepada membakar sentimen perkauman.

Selepas membakar sentimen dan emosi perkauman di Petaling Street dengan himpunan baju merah, kini cuba pula menimbulkan gangguan ketenteraman awam, kali ini di Kajang pula.

Walaupun dalam beberapa tindakan  Jamal jelas memprovok komuniti Cina seperti ungkapan  "Cina gila babi" yang dilemparkannya terhadap wartawan semasa # Merah169, Jamal dilepaskan begitu saja.

 Apa yang kita lihat ialah tindakan polis tidak berkesan langsung walaupun Jamal telah di soalsiasat.

 Tanpa tindakan yang boleh 'mendisiplinkan' Jamal, maka kita lihat Jamal semakin berani  untuk meneruskan kegiatan liarnya mengganggu ketenteraman awam dengan menimbulkan huru hara.

 Pada hari Isnin, News Straits Times melaporkan Jamal sebagai berkata bahawa beliau akan merancang satu lagi perhimpunan besar-besaran di Kajang untuk membantah ketidakcekapan dakwaan beliau di kawasan itu selepas bercakap kepada beberapa pengundi di sini.

"Kebanyakan penduduk mendakwa beliau masih belum menyelesaikan masalah banjir kilat mereka, yang peniaga kos ratusan ribu ringgit dalam kerugian," katanya kepada akhbar harian bahasa Inggeris itu.

Dakwaan Jamal tersebut ternyata satu fitnah dan pembohongan yang memalukan!

 Ini dibuktikan melalui tinjaun rambang Malaymail terhadap penduduk Kajang yang telah menyangkal dakwaan Jamal seperti berikut:

1) Ramai tidak bersetuju dengan hasutan Jamal yang mencadangkan perhimpunan besar-besaran untuk membantah ketidakcekapan wakil rakyat mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail setakat ini dan menganggap ianya hanya mengganggu ketenraman awam.

2) Masalah banjir kilat telah diambil tindakan melalui sistem perparitan yang lebih baik di kawasan itu dalam beberapa bulan lepas sejak Dr Wan Azizah menjadi wakilnya.

3) Wan Azizah telah melebarkan sungai, memindahkan pekedai dari kawasan-kawasan yang dilanda banjir dan memberikan mereka ruang untuk membuka kedai.

4) Masalah kesesakan lalu lintas telah banyak berubah menjadi lebih baik. 

 Kita berharap polis bertindak lebih tegas tehadap orang seperti Jamal. Jangan nanti orang kata " Polis hanya menjaga kepentingan Umno, bukan kepentingan rakyat..."
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Aku naik myampah si Jamal Pak Tongkol ni. Dan aku trtanya2, knapa org mcm ni dpenjara sehari je. Menteri Dlm Negeri dn IGP xnmpk ke ? Isu rasis yg dbwa bleh mgundang msalah lebih besar.
Apa istemewa jamal ni...
Apa yg hebat sngt jamal ni...
Pada aku jamal ni dok diam dlm bhg dia. Entah2 bhg dia xtima lg kot.. Sbb tu dia cr populariti sna sni ...mcm xda keja..
Menyampah tgok dia ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...