GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, September 09, 2015

Sanggupkah Hj Hadi jilat muntahnya kembali??


  Bukankah Hj Hadi menganggap mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan.

  Menurutnya, Islam tidak membenarkan bertahaluf dengan mereka berbanding dengan pihak lawan. Pengkhianat hanya ada dua pilihan sahaja : Bertaubat ataupun Dihapuskan. Sila klik untuk Ucapan Hj Hadi

Apakah Hj Hadi sanggup menjilat muntahnya untuk bertahaluf bersama AMANAH yang dilabel sebagai 'pengkhianat lebih teruk dari lawan' untuk bersama dalam gabungan baru Pakatan Rakyat 2.0 nanti yang juga akan melibatkan DAP?

PAS telah telah mengistiharkan akan lawan DAP PRU-14 nanti setelah mengambil tindakan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP melalui muktamar ke-61nya yg lalu. PAS perlu mengadakan muktamar khas untuk membatalkan keputusan muktamar yg lalu itu. Sanggupkah sekali lagi PAS jilat muntahnya?
PKR mahu PAS menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang baru, kata Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali , walaupun mendapat bantahan daripada DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). 
Azmin berkata, PKR membuat keputusan itu selepas membincangkan perkara itu dengan teliti, sambil menambah bahawa parti itu komited untuk pembaharuan dengan menerima sesiapa sahaja termasuk PAS ~ sumber 
Fesbuker  Zul Mohamed  menimbul beberapa persoalan berikut untuk gabungan baru Pakatan Rakyat 2.0 renungkan :

 1. PKR dan Amanah melalui Timbalan Presiden Azmin Ali dan Salahuddin Ayob mengajak PAS bersama PR 2.0 menumbangkan Umno/BN. 

2. Dua pemimpin berjiwa besar ini, atas semangat persahabatan mengajak PAS bersatu tumbangkan Umno/BN. 

3. Apakah PKR / Amanah tidak tahu bahawa ada pemimpin PAS pernah khianat PR dalam pilihanraya lalu ? 

4. Apakah PKR / Amanah tidak tahu bahawa PAS dan Umno sedang bercengkerama, sedang dilamun cinta buta ? 

5. Bukankah sekarang ini, PAS sedang menagih simpati di kalangan ahlinya, parti itu tidak pernah khianat PR, sebaliknya mereka ditendang keluar daripada PR ? 

6. Pemimpin PKR / Amanah nampak cinta buta PAS . Mereka nampak PAS akan kecewa, dikencing Umno buat kesekian kali dalam isu hudud. 

7. Nah.... PKR / Amanah sedang hulurkan tangan kepada abang degil PAS yang telah ditarik oleh Umno ke laut. 

8. Jika PAS hanyut dan lemas selepas ini, sekurang-kurangnya PKR / Amanah telah berusaha menyelamatkannya.. Jangan pula tuduh DAP dan PKR / Amanah yang tolak mereka ke laut. 

9. Kini terpulanglah kepada PAS, sama ada mereka hendak sambut tangan dan menyambut pelampung yang dihulur oleh PKR / Amanah. Atau terus bercinta buta dengan Umno .

 Orang degil selalunya .... rugi !
Comments
3 Comments

3 comments :

cikmatgelap said...

aku cuma nak komen yg gambar kat atas tu gambar mahfuz dah takde,ini baru betul2 ghb,dia tu masih sedang bergurindam cinta kasih ngan hj hadi......mult manis hati memang tak siapa pun boleh tahu,apa strategi,apa kijaan....entah

Alhusseyn Alhusseyn said...

cikmatgelap, jangan dicemuh Mahfuz tu....Ada ramai lagi yang TERPAKSA berada dalam PAS. Kalau dilihat, Mahfuz masih bertindak relevan dan tidak membuat kenyataan2 yg mengampu atau menyerang sesiapa selain Umno. Dia masih perlu ada di situ buat masa ini. PAS sendiri pun gelisah dgn keberadaan org mcm Mahfuz dalam PAS.Allahu a'lam

tanya sama itu hud hud said...

Aku cadangkan jika pas nak join pakatan 2.0,syaratnya adalah hadi awang kena sumpah cerai bini2 dia talak tiga jika dia khianat,u-turn atau langgar perjanjian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...