GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, September 28, 2015

Sidek Noor dan PAS dah lupa dgn ayat 'Wala tarkanu ilal-lazina dzalamu.....???

Dewan Ulama PAS Perak (DUPNPk) menyokong ketegasan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang dilapor enggan memohon maaf ekoran desakan pemimpin Melayu DAP berhubung kandungan teks khutbah Aidiladha yang mendakwa parti itu menentang Islam.

 Ketua Dewan Ulama PAS negeri itu Sidek Noor berkata pihaknya bersetuju kandungan teks tersebut "tidak berbentuk fitnah tetapi nasihat" pihak berkuasa yang berautoriti menjaga kewibawaan Islam di negeri itu.

Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali dalam reaksinya terhadap teks khutbah tersebut berkata, tuduhan berkenaan bukan saja tidak berasas malah berbentuk fitnah.

Beliau mencabar Jabatan Mufti Pahang mengeluarkan bukti kukuh yang menjadi asas kepada mereka menuduh DAP sebagai parti memusuhi Islam.

 Sidek Mohd Noor ternyata tidak mempunyai bukti yang kukuh bila beliau turut menyatakan sokongannya terhadap teks khutbah tersebut. Beliau menyokong secara melulu tanpa memberikan alasan selain dengan mudah menuduh orang yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesuatu perkara dalam Islam sebagai menentang Islam.

Allah berfirman, Jika Tuhanmu mengkehendaki pastilah Dia menjadikan semua manusia itu sebagai umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. (Hud: 118). Dan Allah juga berfirman, Dan tiadalah Kami menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya, dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (an-Nahl: 64). 

 Ayat-ayat di atas membuktikan bahawa Islam membenarkan perselisihan namun ia perlu dikawal selia berlandaskan sumber utama hukum Islam iaitu al-Quran dan al-Sunah. 

  DAP adalah sebuah parti politik yang berdaftar dan menjunjung perlembagaan sebagai asas pembentukan negara ini serta mengiktiraf dan menghormati Islam sebagai agama rasmi.

 Namun DAP sering dituduh sebagai menentang Islam kerana tidak bersetuju perlaksanaan hukum Hudud di Malaysia kerana 
mengikut perlembagaan ianya tidak sesuai. Bukan kerana DAP anti Islam  tetapi kerana menjunjung perlembagaan  asas pembentukan negara.

 Yang memerintah Malaysia selama ini bukan DAP; dia mana ada kuasa untuk menghalang perlaksanaan Islam di negara ini!

Adakah DAP mempunyai kuasa menghalang UMNO/BN melaksanakan hukum Islam dengan meminda perlembagaan?

 Tentulah tidak adil kalau Sidek Noor menuduh dan menyalahkan DAP sebagai anti Islam

 al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia , pun ada berpendapat, bahawa kalau semua undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai masanya untuk melaksanakan Hudud. Adakah al-Qaradhawi anti Islam?

  Adakah Sidek Noor beranggapan Umno/BN menjaga kewibawaan Islam di negeri Pahang itu dengan adanya Kasino yang terbesar di dunia malah mengalahkan Las Vegas ??

  Apakah Sidek Noor ingat pusat perjudian di Genting Highlands tu kerajaan DAP yang luluskan? Sidek Noor tak kata apa pun tentang perkara yang jelas haramnya. Diam bermakna apa? Kalau anak dara maknanya bersetuju tapi kalau seorang yg ngaku ulama macam Sidek Noor, diamnya terhadap perkara yang mungkar adalah serupa Syetan Bisu!

  Sidek Noor dan PAS dah buat-buat lupa dgn ayat 'Wala tarkanu ilal-lazina dzalamu.....???
Comments
1 Comments

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...