GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, September 30, 2015

Soalannya mudah, tapi yang bertanya, kena tanya pulak?

  Ingatkan PM Najib sahaja yang tak boleh nak jawab soalan mudah berkaitan wang RM2.6billion: Siapa pendermanya ?

Rupa-rupanya, penyakit itu sudah menular kepada TPMnya , Zahid Hamidi.

 Soalan dengan bahasa mudahnya ialah : Lawatan Rasmi atau Merasmikan Perkahwinan anak di Indonesia tempohari tu? 

Jawablah dengan lidah yang fasih tanpa berasa was-was atau ragu sebab yang bertanya itu pun ahli parti sendiri.

 Orang yang bertanya, kena tanya pulak?

  Penulis blog Shahbudin Husin dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberikan keterangan berhubung artikel mengenai majlis persandingan anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Indonesia yang diadakan pada masa sama ketika timbalan perdana menteri itu membuat lawatan ke republik berkenaan.

 Beliau yang juga ahli Umno, sebelum ini menimbulkan persoalan sama ada lawatan rasmi naib presiden parti itu diselaraskan tarikhnya supaya berkebetulan dengan majlis persandingan anak lelaki beliau.

 Shahbudin memberitahu The Malaysian Insider, SKMM mengambil keterangan di ibu pejabatnya di Cyberjaya selama 2 jam sejak 10 pagi semalam hingga kira-kira 12 tengahari.

 Katanya, beliau disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan seseorang melakukan kesalahan sekiranya memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

"Keterangan saya diambil selama 2 jam berhubung artikel bertajuk 'Kenapa Lawatan Rasmi Zahid Ke Indonesia Sama Tarikh Dengan Majlis Sanding Anaknya Di Jakarta?',"kata Shahbudin. Pegawai SKMM juga memaklumkan kepadanya pembantu Zahid membuat aduan mengenai artikel di blog itu, tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai pengadu.

 Dalam artikel bertarikh 20 September, Shahbudin mempersoalkan adakah majlis tersebut dirancang atau kebetulan ia jatuh dalam waktu sama lawatan rasminya.

 "Persoalan yang timbul ialah mengapakah lawatan rasmi Zahid ke Indonesia ini bersamaan tarikhnya dengan majlis persandingan anak lelakinya?


 "Apakah ia sekadar kebetulan, memang dirancang atau sudah begitu ketentuan Tuhan?" tulis Shahbudin dalam artikelnya itu.


Semasa memberi keterangan, Shahbudin juga disoal mengenai niat artikel tersebut ditulis sama ada bertujuan untuk memburukkan individu tertentu atau tidak.


 "Saya menjawab, saya hanya menyoal dan bukan membuat tuduhan. Beri jawapan saja terhadap soalan yang saya timbulkan dalam artikel itu," katanya.

 Kunjungan 4 hari Zahid ke Indonesia, yang bermula 18 September, adalah lawatan ke luar negara pertama beliau selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 28 Julai.

  Selain membuat kunjungan kepada Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla, beliau juga bertemu dengan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhammad Hanif Dhakiri dan Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo.

 Shahbudin sebelum ini juga lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan pelbagai isu dan skandal.

 Malah, buku terbaharunya, membabitkan skandal Bank Rakyat juga disekat menerusi satu perintah mahkamah yang menghalang ia daripada dijual kepada orang ramai.

 Buku berjudul 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dihalang pengedarannya kerana menyentuh mengenai isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. – 30 September, 2015.9 - ~ Themalaysianinsider
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...