GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, September 25, 2015

Tak beradab tuduh dari mimbar, kata Melayu DAP

Jabatan Mufti Pahang dianggap tidak beradab apabila mengecam DAP melalui mimbar masjid dan surat di negeri itu semalam kerana tuduhan berkenaan dibuat dalam keadaan tiada sesiapa boleh mempertahankan diri.

 Malah, tindakan mendakwa DAP sebagai "terang-terangan menentang Islam" jelas dibuat dengan niat jahat.

Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, tuduhan berkenaan bukan saja tidak berasas malah berbentuk fitnah.

 "Saya mencabar Jabatan Mufti Pahang mengeluarkan bukti kukuh yang menjadi asas kepada mereka menuduh DAP sebagai parti memusuhi Islam," katanya kepada Malaysiakini.

 Dalam teks khutbah disediakan Jabatan Mufti Pahang semalam, pada salah satu perenggannya dimuatkan kenyataan: 
"Dewasa ini kita melihat perpecahan umat islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat islam yang menyertai Parti DAP yang terang-terangan menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka".
 Khutbah adalah salah satu bahagian dalam sembahyang dan jemaah tidak dibenarkan bercakap atau berkata-kata ketika ia dibaca khatib.

 Kata Sheikh Omar, beliau akan memanjangkan perbincangan mengenai isu tersebut kepada pimpinan parti dan mempertimbangkan jika perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Mufti Pahang.

 Hadapi pemimpin salah guna kuasa

 Sementara itu sekumpulan ahli Melayu DAP juga hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam khutbah berkenaan.

 "Kepelbagaian parti politik dan kewujudan parti politik baru bukanlah tanda perpecahan umat Islam sebaliknya menunjukkan kematangan umat Islam dan Melayu dalam negara berdemokrasi.

 "Penting juga kita membezakan tentang peranan dan fungsi parti politik dalam sistem demokrasi negara dan dan perpaduan agama. Kita seharusnya meraikan perbezaan bukan sahaja melalui kaca mata politik malah dalam agama dan fahaman," kata kenyataan itu. 

 Menurut mereka, DAP sebagai parti politik menjunjung perlembagaan sebagai asas pembentukan negara ini serta mengiktiraf dan menghormati Islam sebagai agama rasmi.

 "Isu menentang Islam adalah fitnah politik semata-mata.

 "Jika pihak masjid ingin mengajak ke arah perpaduan umat Islam di negara ini, sepatutnya ia terarah kepada usaha untuk berhadapan dengan pemimpin yang menggunakan label Islam tetapi menzalimi rakyat, mengapi-apikan permusuhan melalui isu agama dan kaum, dan yang mengamalkan korupsi serta menyalahgunakan kuasa dalam menjalankan amanah mentadbir negara," kata mereka.

 Kenyataan itu antara lain ditandatangani Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal; Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Selangor, Young Syefura Othman; Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Subang, Numan Saadan dan ahli DAP Bukit Bendera, Izmil Amri. ~ Malaysiakini
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

kan dh umnu kt tk boleh politik dlm khutbah

katib ni patut dipecat.....berat sebelah

klu umnu berani ke dia tegur dlm khutbah

sorrylaaaa

Anonymous said...

sbb knp salat zuhur pada hri jumaat 2 rakaat ialah kerana 2 rakaat tsb diganti dgn 2 khutbah. sbb tu sesiapa yg sengaja berckp masa khutbah, batal jumaat spt dia berckp masa salat.

oleh krn khutbah tu rukun jumaat, apa hukum kalau dlm khutbah tsb tdpt fitnah dan seruan menyokong penguasa zalim?

syed hussien said...

DAP ada peminpin Islam Wakil rakyat Islam kenapa multi ilmu ada buat macan tu jangan kerana nila rosak susu pulak. TV ada beri la penerangan mana baik mana tak baik.

Anonymous said...

duit mengatasi segalanya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...