JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, September 07, 2015

Tindakan polis melarang himpunan Baju Merah adalah tepat

Tahniah diatas tindakan Polis yang tidak membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, atas implikasi keselamatan.

Polis juga sepatutnya bertindak terhadap mereka yang membangkitkan perhimpunan Bersih 4.0 yang lalu sebagai isu perkauman. 

Mereka marah dan menganggap perhimpuan Bersih 4.0 didominasi oleh kaum Cina yang menyokong DAP?


  Tidakkah mereka terfikir kemunculan kaum Cina yang ramai berbanding dengan perhimpunan Bersih yang sebelumnya ini mungkin kerana mereka terasa dicabar lantaran ugutan-ugutan oleh oleh gerombolan Melayu dengan melakukan lagak ganas dengan membelasah rakan sendiri dengan batang kayu dan memecahkan atap genting ditengah-tengah bandaraya di hadapan Sogo.

 Betapa orang-orang Cina diugut supaya tidak keluar berhimpun yang kononnya mereka bakal bermandikan darah. Poster-poster yang bertulis " Cina Turun Bersih Sedia Bermandi Darah" terpampang di merata tempat. Polis hanya menanggalkannya dari tembok atau dinding tanpa membuat sebarang tangkapan atau siasatan lanjut. 

Adanya kejadian pijak gambar Hj Hadi dan Najib adalah perkara yg remeh tetapi sengaja mahu diperbesarkan oleh pihak tertentu dan beberapa laporan polis telah turut dibuat. 

Polis pula bersungguh memburu pelaku hingga sanggup menawarkan ganjaran untuk sebarang maklumat hingga tertangkapnya sipelaku. Apakah memijak gambar satu jenayah?

Berbalik kepada persoalan ugutan itu tadi, ternyata tiada siapa yang mengindahkannya. Malah sebaliknya, mungkin dijadikan dorongan dan semangat untuk mereka turun secara beramai-ramai kerana mereka mahu menuntut keadilan dan kesaksamaan sebagai rakyat negara yang demokrasi ini. 

Mereka mempunyai hak untuk bersuara. Mereka menyokong perhimpunan Bersih 4.0 yang menuntut antaranya, Bersihkan Pilihanraya, Bersihkan Kerajaan, Hak Membantah, Kukuhkan Demokrasi Parlimen dan Selamatkan Ekonomi Malaysia.

 Apa tujuan tujuan sebenar Gerombolan Melayu Baju Merah itu  mahu berhimpun di Bukit Bintang dan Jalan Petaling?  

 Pengkritik membangkitkan dominasi kaum Cina serta dakwaan perhimpunan anti-perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikuasai DAP.

Ya! DAP!- parti Cina yang sangat anti dengan Melayu! Mereka mengaum !

 Itulah isu yg dimanipulasi oleh akhbar Utusan Meloya edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia dengan tajuk besar “DAP KUASAI BERSIH 4.0” serta tajuk kecil “Didominasi oleh kaum Cina” dan “Peniaga alami kerugian” –untuk menghasut rakyat, khususnya orang Melayu, untuk membenci rakan sewarganegara mereka, iaitu kaum Cina.

Ini adalah fitnah yang bersifat menghasut serta boleh mencetuskan huru-hara, semata-mata kerana pembohongan Utusan. 

Polis sepatutnya bertindak keatas segala hasutan dan ugutan terhadap kaum Cina oleh gerombolan Melayu yang extremis ini.
Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dibuat diperbolehkan untuk perhimpunan itu berlangsung dengan syarat ia dilakukan secara aman dan tanpa kekerasan.
 "Ia dilihat sebagai aman, dan kini ia telah berakhir. Kita sudah ada undang-undang yang mengawal demonstrasi secara aman, dan ini telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen," ~ Kata menteri Nazri Aziz
  Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang berjanji akan membawa 30,000 oarangnya ke Bukit Bintang berkataperhimpunan haram Bersih 4 telah melanggar undang-undang dan menentang polis selain membuat perhimpunan di kawasan Dataran Merdeka, mereka membuatkan Melayu dari parti politik dan NGO marah.

Namun ianya disangkal melalui kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang memuji peserta BERSIH 4 berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke Dataran Merdeka termasuk membuat sebarang kekacauan.

Malah, beberapa keputusan mahkamah sebelum ini dengan jelas menegaskan berkali-kali perhimpunan Bersih adalah sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ternyata segala dakwaan gerombolan Melayu yang diketuai Ketua Umno Besar itu adalah tidak berasas sama sekali. Larangan polis tidak membenarkan mereka berhimpun pada 16 September itu adalah tepat.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...