GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, October 22, 2015

Ahli BN boleh undi tolak Bajet 2016, kata Ku Li

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh mengundi menolak Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

 Bagaimanapun, pemimpin veteran Umno itu menyifatkan jika langkah itu berlaku, ia sesuatu yang luar biasa memandangkan tidak pernah berlaku sebelum ini.

 "Saya tidak rasa mereka akan mengundi menolak bajet jika mengikut kebiasaannya.

 "Tapi jika mereka merasakan terdapat isu substantif untuk menentang perdana menteri sendiri, jadi mereka mempunyai hak untuk melakukannya," kata Tengku Razaleigh kepada pemberita di Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li ditanya pemberita mengenai pendirian ahli Parlimen BN terhadap cadangan pembangkang yang mahu menyingkirkan Najib menerusi cara menolak yang dibentangkan pada esok.

 Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pendiriannya mengenai isu itu apabila ditanya.

 "Dengar dahulu apa yang mereka mahu kata. Kami datang ke Parlimen dengan minda terbuka dan melihat hujah yang dibentangkan," tambahnya.

 Najib akan membentangkan Bajet 2016 esok di Parlimen pada jam 4 petang.

 Pembangkang menerusi ketuanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini membawa usul tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat.

 Usul itu dibawa Dr Wan Azizah memandangkan kemelut dan skandal yang terpalit dengan Najib, terutamanya dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma dalam akaun peribadinya sebanyak RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang tidak diketahui.

 Beliau juga menggesa ahli Parlimen BN menyokong usul yang dibawa itu bagi memulihkan imej negara yang terjejas akibat 2 skandal besar tersebut. – 22 Oktober, 2015.~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Barua nya MP Pas.

Geram GST yang dikenakan pada perkhidmatan bank.
Bayangkan Majikan kita masukkan duit gaji kena gst, kita keluar duit kita kat ATM kena gst, Kita bagi duit pada orang tua kena gst, orang tua keluar duit tu kena gst, transfer duit bagi adik belajar kena gst.
Duit yang sama pusing beribu kali kat bank keluar masuk keluar masuk dan setiap kali kena gst. Itu bukan kita berbelanja....bukan consumer tax tu. Duit kita.

Pas ini memang barua. Benda yang remeh temeh di sibukkan tak ada hasil pun. Jangan undi orang yang memperalatkan bangsa atau agama. Itulah je modal nya. Tak undi Pas pun boleh masuk syurga masing masing ada cara masuk syurga sendiri.

Hidup Najib! said...

Pas dah tak minat nak jd juara rakyat..cm nak jd ostad sampul je

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...